Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Laporan Pembelian Telefon Dalam Talian Bawa Kepada Tangkapan 'Geng Nicky'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2021 6:27PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siapa sangka sindiket Macau Scam dan pengubahan wang haram yang mempunyai rangkaian dengan sindiket di Hong Kong, terbongkar gara-gara satu laporan polis tentang penipuan pembelian telefon atas talian.

“Pengadu yang tertipu membuat laporan polis. Kertas siasatan dibuka dengan kerjasama pegawai jabatan siasatan jenayah (JSJ) yang lain, kami berjaya bongkar betapa besar operasi sindiket ini,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ia adalah petunjuk kepada tangkapan Geng Nicky, yang diceritakan oleh Ayob Khan dalam satu sidang media di Bukit Aman pada hari ini.

Inisiatif pegawai-pegawai JSJ Johor yang terlibat dalam siasatan tersebut mendapat pujian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang turut hadir dalam sidang media itu.

“Saya berharap semua pegawai-pegawai di seluruh negara supaya membuat siasatan yang lebih mandalam terhadap kes-kes macam ini. Jangan anggap ia adalah kes terpencil. Saya gesa anak buah saya untuk tanamkan semangat untuk ambil tindakan seperti ini.

“Kontinjen Johor telah mendedahkan betapa besarnya sindiket ini. Ramai rakyat China dan Malaysia menjadi mangsa penipuan atas talian seperti ini.

“Mereka menyewa 48 unit kediaman. Sebanyak 24 daripadanya didaftarkan atas nama syarikat manakala yang lain, atas nama individu-individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Geng Nicky,” kata Hamid.

Geng Nicky didalangi pengasas syarikat pelaburan Winner Dynasty Group, Datuk Seri Liow Soon Hee yang memiliki jumlah harta bernilai RM1 billion dalam bentuk saham syarikat, hartanah dan mata wang tunai dipercayai disembunyikan.

Bagaimanapun, dalam serbuan yang dijalankan dalam Ops Pelican 3.0 dari 20 hingga 28 Mac lalu, polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM770,000 dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kenderaan mewah.

Menurut Abdul Hamid, seramai 34 pegawai anggota penguatkuasa, termasuk polis, disyaki menjadi tali barut Geng Nicky dan beliau memberi bayangan jika didapati bersalah, mereka tidak akan dikenakan tindakan tatatertib sebaliknya akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Mana adil kalau mereka hanya kehilangan emolumen. Saya lebih cenderung untuk mengarahkan mereka dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.

“Tidak akan ada isu cover-up. Siapa nak marah dengan saya marahlah. Buka pekung. Mereka tidak faham betapa teruknya keadaan ini.

“Saya tidak akan jemu. Mungkin saya tidak dapat 100 peratus tapi selepas ini harap dapat terus bersihkan PDRM dari elemen-elemen ini. Senarai nama yang saya perolehi, kita akan siasat. Cukup bukti, kita akan tangkap,” – Getaran, 30 Mac, 2021.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Luar Negara 1 hari yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 17 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung