web statsweb stats

Berita Terkini

48 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 49 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekadar Wayang: Video Tuan Ibrahim Bersihkan Lokasi Banjir ‘Dikecam’ Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 9:13PM

Tangkap layar dari video yang tular, memaparkan Tuan Ibrahim Tuan Man menolong kerja membersihkan kesan banjir di Baling, Kedah. - Tangkap layar dari video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah video memaparkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membantu dalam kerja pembersihan pasca banjir di Baling, Kedah yang tular di media sosial, mengundang kritikan netizen.

Video berdurasi 21 saat itu disiarkan pegawai tugas khas beliau, Mohd Zaidy Abdul Talib di TikTok pada Khamis lalu bersama kapsyen ‘(Tuan Ibrahim) membantu membersihkan lumpur di rumah mangsa banjir Baling di Kg Iboi’.

“Ini adalah contoh Ahli Parlimen PAS yang boleh dijadikan tauladan,” katanya menerusi keterangan di video itu.

Video dikongsi 236,600 pengguna itu, menyaksikan walaupun Timbalan Presiden PAS berkenaan mendapat sokongan segelintir pengguna, majoriti tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap sebagai ‘wayang’.

Pengguna akaun, @ada.ada.je.kau.ni berkata, keputusan menteri untuk turun padang, membayangkan pilihan raya umum semakin hampir, malah mendakwa tindakan pemimpin sedemikian tidak akan dilihat, selepas pilihan raya selesai.

“Menteri turun padang dan melakukan kerja adalah petanda bahawa pilihan raya umum semakin hampir. Selepas pilihan raya, anda tidak akan melihat mereka melakukan tugas sedemikian, sedangkan mereka terus memberi janji sama,” katanya.

Selain menunjukkan bahawa kasut dan seluar menteri agak bersih dalam video itu walaupun dikelilingi lumpur, beberapa pengguna menyeru pemimpin itu menumpukan kepada penggubalan dasar pencegahan terhadap bencana tersebut.

“Cukuplah politik (ini). Menteri tidak perlu bertindak setakat ini, mereka hanya perlu ada rancangan,” kata pengguna @gman_legacy.

Manakala pengguna @lukmanmoidin menyatakan pandangan sama bahawa ‘Ahli Parlimen di Malaysia mempunyai ‘wayang’ yang sangat bagus’.

Seorang pengguna bernama @ijat9084 mempersoalkan mengapa menteri itu tidak menggunakan peralatan yang betul, sebaliknya memilih untuk menolak lumpur secara manual menggunakan kereta sorong.

“Jentolak kecil sepatutnya digunakan. Sudah 2022, banyak mesin boleh kita gunakan. Patut buat kerja dengan bijak bukan kerja keras,” keluhnya.

Sementara itu di Twitter, pengguna @A_HxrrxzThe1st menyiarkan semula video itu dan ia diulang ciap serta menerima tanda suka dari 923 pengguna, setakat ini.

“Terdapat dua jenis pelancong banjir. Seorang datang dengan bot semata-mata untuk mengintip dan seorang lagi berdiri di dalam lumpur dan berlagak seolah-olah membantu, tetapi sebenarnya hanya berbuat demikian untuk gambar,” katanya.

Pengguna @fuaddddddddd_mf menyatakan bahawa sepanjang pengalamannya sebagai sukarelawan banjir, pakaiannya tidak pernah sebersih penampilan Tuan Ibrahim.

“Semasa saya menjadi sukarelawan (banjir) di Temerloh tahun lepas, pakaian, muka dan juga telefon bimbit saya berlumuran lumpur. Beliau ini sangat bersih. Penampilannya sangat bersih dan suci,” sindirnya.

Pengguna @domesticgod turut memberikan komen dengan menyatakan tindakan menggunakan ramai jurugambar untuk merakamkan momen itu ketika mangsa banjir menghadapi keadaan duka, menunjukkan sikap tidak peka.

“Berapa ramai jurukamera diupah untuk peluang bergambar ini? Sementara itu, keluarga bersedih atas kehilangan harta benda dan orang tersayang tertimbus di bawah tanah akibat kejadian buatan manusia ini,” kata mereka.

Banjir lumpur di Baling pada Isnin, menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas.

Manakala, mayat tiga ahli keluarga yang hilang termasuk seorang wanita hamil empat bulan selepas arus deras menghanyutkan rumah mereka ketika banjir melanda Kg Iboi, Kupang, ditemui keesokannya. – Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad