web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam: PDRM Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 9:06PM

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang didakwa menghina Islam di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kes seorang wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan terbabit dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Noorsiah turut menasihati orang ramai supaya tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat video tular sebuah acara ‘stand up comedy’ dipercayai berlangsung di TTDI yang didakwa berbaur penghinaan terhadap Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata siasatan awal itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JAWI berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7, iaitu menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina.

Siasatan dilakukan susulan penularan tular video acara yang dipercayai ‘stand up comedy’ memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain dan tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad