web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Geng Nicky’ Akhirnya Tumpas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 6:11PM

Abdul Hamid Bador pada sidang media khas mengenai tangkapan sindiket `Geng Nicky' di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket Macau Scam dan pengubahan wang haram ‘Geng Nicky’ didalangi seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mempunyai rangkaian dengan sindiket jenayah terancang terbesar Hong Kong, 14K, akhirnya tumpas.

Kumpulan sindiket itu didalangi lelaki berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow atau nama sebenar Liow Soon Hee.

Dia juga merupakan pengasas syarikat pelaburan Winner Dynasty Group dan penipuan itu terbongkar hasil laporan polis yang dibuat seorang individu di Pontian,Johor yang menjadi mangsa penipuan urus niaga pembelian telefon bimbit.

Liow bagaimanapun masih belum ditahan namun dipercayai masih berada di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata sindiket terbabit dipercayai menjalankan pelbagai penipuan antaranya pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long), pelaburan tidak wujud dan tipu jual beli dalam talian.

Menurutnya, sindiket ini dianggarkan memiliki jumlah harta secara kasarnya bernilai RM1 bilion dalam bentuk saham syarikat, hartanah dan mata wang tunai yang dipercayai disembunyikan.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hamid, dalam serbuan yang dijalankan dalam Ops Pelican 3.0 dari 20 hingga 28 Mac lalu, pihaknya hanya berjaya merampas wang tunai sebanyak RM770,000 dalam pelbagai mata wang asing.

“Sebanyak 70 serbuan dijalankan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Selangor sebelum menahan 68 individu termasuk adik kepada Nicky bersama lapan individu bergelar Datuk Seri dan Datuk.

"Kita turut menyita 16 kenderaan mewah bernilai lebih RM6 juta.

"Polis juga turut membekukan 41 akaun bank bernilai lebih RM4 juta dan 35 kenderaan bernilai RM8.86 juta membabitkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, hasil siasatan juga mendedahkan Winner Dynasty Group dan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee disyaki mempunyai hubungan dengan elemen jenayah terancang antarabangsa Wan Kouk Koi @ Broken Tooth yang telah disenaraikan hitam oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat.

“Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dilantik sebagai Naib Presiden  Persatuan World Hongmen History and Culture yang dinaungi Broken Tooth pada 4 Januari 2019,” katanya.

Abdul Hamid turut mendedahkan pihaknya mempunyai senarai nama penglibatan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa yang dipercayai menerima suapan, bergaul dan menjadi ahli kepada sindiket berkenaan.

“Kami juga menerima maklumat berlaku kebocoran maklumat berhubung operasi ini sehingga menyebabkan suspek berjaya memindahkan sejumlah besar wang dimilikinya berdasarkan soal siasat terhadap suspek yang ditahan,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bab 6 Kanun Keseksaan (Akta 574), Bab 6 Kanun Keseksaan (Kesalahan berkaitan dengan aktiviti jenayah terancang) siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan  (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) Sosma. – Getaran, 30 Mac 2021
 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar