web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Akan Terus Utuh, Akar Umbi Tetap Setia - Isham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 1:11PM

Isham Jalil - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus utuh walaupun ‘ditimpa’ dugaan dan propaganda politik untuk memecahbelahkan parti sejak kebelakangan ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil.

Menurut beliau, di sebalik propaganda terbaharu yang terpalit terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung satu wawancara bersama portal Asia Times, akar umbi UMNO tetap setia bersama parti.

Menurutnya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang dari dahulu cuba melaga-laga pimpinan UMNO sememangnya akan gembira dengan laporan tersebut.

“Mereka tidak boleh kalahkan UMNO dari luar, oleh itu mereka cuba ingin retakkan UMNO dari dalam.

“Ada juga saya dengar khabar, seorang dua pemimpin UMNO yang menyokong (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ingin cerita ini disensasikan. Mereka ini adalah duri dalam daging,” katanya dalam satu hantaran di Facebook,  merujuk kepada isu wawancara Mohamad atau Tok Mat dengan portal berbahasa Inggeris terbabit.

Mengulas mengenai laporan berita yang didakwa memutarkan belitkan fakta tersebut, Isham berkata, beliau mengenali rapat Mohamad, Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, hubungan antara ketiga-tiga pemimpin berkenaan amat baik.

“Saya lihat bahawa keakraban ketiga-tiga pemimpin ini di puncak kepimpinan UMNO membuatkan parti dan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin kuat.

“Oleh itu ada pihak-pihak tertentu yang tidak selesa dan tercabar dengan keadaan ini, dan mereka cuba sedaya upaya memecahkan keakraban ketiga-tiga pemimpin terbabit supaya UMNO dan BN menjadi lemah,” katanya.

Bekas Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, pihak yang cuba melemahkan UMNO tidak akan berjaya walaupun mencuba sejak sekian lama, termasuklah untuk membubarkan parti tersebut dan menekan pemimpin utama dengan pendakwaan terpilih.

“Ini adalah kerana akar umbi UMNO tidak mudah percaya kepada propaganda PH dan PN serta media asing, dan mereka (akar umbi UMNO) mudah menghidu gerakan pengkhianat UMNO yang menyokong musuh UMNO dan menjadi api dalam sekam,” katanya. – Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad