web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Populariti Tak Salah, Tapi Jangan Ketepi Nilai Dan Agama - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 7:00AM

Tangkap layar video media sosial seorang pencipta konten yang melakukan 'prank' menarik tudung dua wanita.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tak salah untuk seseorang itu meraih populariti di media sosial namun nilai, norma dan agama tidak boleh diketepikan, kata Pakar Sosial Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Menurut beliau, mana-mana pencipta konten, bukan sahaja perlu bertanggungjawab dalam apa juga kandungan dihasilkan, tetapi wajib mementingkan soal imej, reputasi dan maruah individu yang menjadi subjek dalam paparan karya mereka.

Kebebasan ‘berkarya’ jelasnya, bukan bermakna seseorang itu boleh menghasilkan apa saja konten tanpa memikirkan soal agama, norma kemasyarakatan dan undang-undang negara.

“Jika perkara-perkara tersebut tidak dipatuhi maka ia mengundang kepincangan dan menggugat keharmonian masyarakat di negara ini yang masih tebal dengan adat ketimuran.

“Kita tidak berhajat menyekat kebebasan mana-mana individu untuk menghasilkan konten, namun mereka perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dihasilkan selaras dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia,” katanya kepada Getaran.

Mohammad Shatar menyatakan demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaharu yang menyaksikan seorang Youtuber ditahan dan didakwa di mahkamah, selepas membuat ‘prank’ dengan menarik tudung dua wanita sebagai konten.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengakui bahawa lumrah manusia memang suka kepada perhatian.

Semakin diperhatikan jelasnya, bertambah seronok seseorang individu itu, apatah lagi jika mereka masih remaja yang dahagakan populariti.

“Golongan tersebut sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk meraih populariti namun mereka harus berwaspada dan bertanggungjawab sebelum memuat naik sesuatu konten untuk tatapan umum.

“Tidak dinafikan, ramai antara pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab bahkan keterlaluan dalam membuat konten.

“Jika tidak, tak adalah sehingga ada yang sanggup menjadikan agama sebagai bahan jenaka,” katanya.

Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran
Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran

Tegas Mohammad Shatar, konten keterlaluan yang jelas bertentangan dengan norma dan nilai masyarakat boleh bertukar menjadi ‘budaya’ apabila kerap kali dipaparkan melalui apa jua platform.

Menurutnya, perkara itu mampu merosakkan akhlak generasi masa depan jika terus menerus dihidangkan dengan konten sedemikian.

“Pada masa ini sesuatu konten yang keterlaluan itu mungkin masih dianggap bertentangan dengan budaya namun apabila perkara tersebut dianggap ‘oh tak mengapa’, ia pada akhirnya boleh merosakkan nilai kemasyarakatan.

“Apabila masyarakat hilang nilai-nilai murni dan adab ketimuran apa lagi yang hendak kita banggakan,” keluhnya.

Justeru beliau berpendapat, sudah tiba masanya kesedaran terhadap penggunaan media sosial secara bertanggungjawab diperluas dan dipertingkatkan, khususnya ke atas golongan muda.

Menurutnya, tindakan undang-undang seperti dalam beberapa kes membabitkan pencipta konten sebelum ini juga boleh memberikan pengajaran kepada yang lain, supaya lebih bertanggungjawab sebelum menghasilkan sesuatu kandungan.

“Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan pihak sekolah untuk mengambil inisiatif dengan memberikan pesanan ringkas kepada murid sebagai peringatan, mengenai penggunaan media sosial yang berhemah setiap kali sesi pembelajaran diadakan.

“Perkara tersebut terbukti berkesan. Lihat saja di Jepun, mereka menerapkan budaya kebersihan kepada anak murid sejak di bangku sekolah dan kini mereka sangat terkenal sebagai masyarakat pembersih,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar