web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Lancar Fokus Kelancaran Trafik Sempena Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 6:03PM

Op Lancar akan diadakan dengan fokus utama adalah memastikan aliran trafik di lebuh raya, jalan negeri dan bandaran bergerak dengan lancar serta terkawal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Op Lancar bagi memfokus kepada kelancaran lalu lintas sempena Hari Raya Aidiladha bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengenal pasti kawasan panas yang dijangka mengalami kesesakan.

Katanya, JSPT akan mengatur kekuatan petugas di lapangan termasuk keanggotaan balai, kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara sistematik bagi memastikan kejayaan operasi.

“Fokusnya adalah untuk memastikan aliran trafik di lebuh raya, jalan negeri dan bandaran bergerak dengan lancar serta terkawal.

“Selain itu, rondaan cegah kemalangan dan omnipresent di lokasi turut dijalankan termasuk pendekatan memantau menggunakan dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemaran,” katanya hari ini.

Menurut Noorsiah, semua pengguna jalan raya disarankan untuk merancang perjalanan dan peka dengan informasi aliran trafik semasa.

“Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalahgunakan lorong kecemasan atau memarkir kenderaan sehingga menghalang laluan.

 “Melalui Op Lancar kali ini, PDRM komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan orang ramai sepanjang perjalanan terjamin bagi merayakan Aidiladha dalam suasana kekeluargaan yang sejahtera,” katanya. – Getaran, 7 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad