web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki 'Prank' Tarik Tudung 2 Wanita Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 9:53PM

Tangkap layar dari media sosial memaparkan wanita yang ditarik tudung menerusi 'prank' yang dilakukan oleh seorang lelaki. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung video ‘prank’ menarik tudung dua wanita, sudah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Semalam, satu laporan polis dibuat berkenaan penyebaran klip video melalui saluran Youtube yang memaparkan ‘content’ (kandungan) seorang lelaki (suspek) bertindak menarik tudung dua wanita (mangsa). Tindakan dalam video tersebut menimbulkan kegusaran masyarakat.

''Sehubungan dengan itu, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama jam 7:30 petang, pihak polis menahan satu lelaki Melayu lingkungan umur 24 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video mengandungi paparan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat, selain menyentuh sensitiviti.

Terdahulu, lelaki itu membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ menarik tudung dua wanita di saluran YouTube. 

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Youtube pada Isnin, tidak lama selepas tindakannya mencetuskan kontroversi.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman tular itu.

Menerusi penjelasan terdahulu, lelaki tersebut memaklumkan video dimuat naik terbabit adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen jika melihat wanita diperlakulan seperti itu, selain mengatakan dua wanita berkenaan yang kononnya menjadi mangsa prank adalah rakannya. - Getaran, 6 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek