web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas Strok Haba Berbahaya! Jemaah Haji Digalak Bawa 3 'Pelindung Penting'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 8:03PM

Cuaca di Makkah ketika ini adalah antara 40 hingga 50 darjah celsius, justeru jemaah harus sentiasa berjaga-jaga untuk mengelak terdedah kepada suhu panas berpanjangan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain mengutamakan penjagaan kesihatan, jemaah haji dinasihat supaya melaksanakan ibadah di bilik penginapan masing-masing atau surau disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) pada waktu siang, ekoran cuaca panas terik di Makkah sebelum Hari Wukuf, Jumaat ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan jemaah terdedah kepada serangan strok haba yang boleh membawa risiko maut.

“Cuaca di Makkah memang sangat panas antara 40 hingga 50 darjah celsius. Jadi waktu Zuhur dan Asar, jemaah sememangnya digalakkan untuk solat di hotel.

“Tapi tiada halangan bagi jemaah yang mampu meredah panas. Ini kerana ada hotel muassasah yang jaraknya satu kilometer (km) ke Masjidil Haram. Memang agak mencabar berjalan dalam keadaan panas terik,” katanya kepada Getaran.

Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Malah beliau mengingatkan jemaah yang ingin ke Masjidil Haram supaya keluar dengan menggunakan payung atau topi dan minum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi.

“Setiap jemaah kena tahu tahap kemampuan masing-masing. Jadi harus sentiasa berjaga-jaga untuk mengelak terdedah kepada suhu panas berpanjangan.

“Paling utama jangan tangguhkan makan hidangan disediakan, terlalu lama. Ini kerana dikhuatiri makanan tersebut sudah tak elok untuk dimakan. Makan ikut waktu ditetapkan,” katanya.

Dr Halimatus Sakdiah yang turut berada di Makkah ketika ini, menggalakkan jemaah supaya mengambil makanan kesihatan tambahan atau suplemen bagi meningkatkan daya tahan tubuh.

“Beberapa hari lagi jemaah akan bergerak ke Arafah, jadi kesihatan fizikal dan mental amat penting ketika ini. Kita perlu lebih waspada sebelum tibanya ‘hari kemuncak’ (Hari Arafah) nanti.

“Kalau boleh ambil suplemen seperti Vitamin C. Bagi yang tak ada selera makan elok ambil multivitamin. Kalau mereka yang makan ok, tak ada masalah pada saya, tak ambil pun tak apa,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suhu tinggi di Tanah Suci ketika musim haji boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak, sehingga menyebabkan risiko untuk seseorang itu sawan, koma dan maut.

Menurut beliau, strok haba juga boleh berlaku sekiranya jemaah haji terdedah lama dengan suhu panas, terutama ketika tawaf dan kurang minum air.

“Strok haba terjadi apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

“Suhu normal badan manusia adalah antara 36.6 darjah Celsius hingga 37.2 darjah Celsius,” katanya.

Jelas beliau lagi, antara tanda awal terkena strok haba adalah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi pantas.

“Tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

“Semua jemaah haji perlu berhati-hati dan kenal dengan gejala strok haba serta cuba elakkan daripada berlaku strok haba. Semoga segala usaha ibadah haji kita dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menasihati jemaah supaya sentiasa membawa bersama tisu basah dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), selain memakai pelitup muka ketika mula bergerak ke Arafah, esok.

“Esok jemaah akan berangkat ke Arafah untuk wukuf, kemudian bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di Mina.

“Bayangkan sejuta jemaah ada di sana, risiko bersentuhan antara satu sama lain itu amat tinggi. Jadi penting bawa hand sanitizer kerana kita boleh bersihkan tangan setiap masa.

“Kalau boleh jemaah perempuan khususnya bawalah tisu basah kerana ada tandas di khemah tak ada air dan kadang tersumbat. Kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Menurut beliau, selain pemakaian pelitup muka, aspek kebersihan masih perlu dititikberatkan memandangkan wabak COVID-19 masih menular atau wujud beberapa penyakit baharu yang mudah merebak menerusi sentuhan.

“Bukan sahaja COVID-19, malah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tibi, kencing tikus serta cacar monyet boleh merebak melalui sentuhan, udara dan air. Risiko untuk dijangkiti itu amat tinggi.

“Jadi saya galakkan semua jemaah, terutama warga emas untuk pakai face mask. Jangan terdedah sangat kerana sepanjang perjalanan nanti ada orang batuk dan meludah merata-rata,” katanya.

Tegas beliau, golongan warga emas perlu lebih berwaspada kerana mereka mudah dijangkiti dan diserang penyakit akibat cuaca panas terik.

“Warga emas adalah golongan rentan dan tahap antibodi mereka mula menurun seiring pertambahan usia. Mereka juga mudah dehidrasi kerana tekstur kulit lebih nipis.

“Justeru, mereka perlu mendapatkan rehat cukup sebab nanti di Arafah dan Mina memang banyak berjalan serta tak cukup tidur. Kalau boleh bawa juga stok tambahan (ubat-ubat asas termasuklah minyak angin dan ubat urut,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah jatuh pada Jumaat ini, 8 Julai, manakala Aidiladha di Arab Saudi disambut keesokannya pada 9 Julai.

Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini, dianggarkan sejuta jemaah dari seluruh dunia akan berhimpun di kawasan bukit berbatu dikenali sebagai Padang Arafah dan kawasan lapang sekitarnya, bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari berikutnya.

Tahun ini menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah di Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Makkah. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tiba Di Tanah Suci Naik Motosikal Berkuasa Tinggi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran