web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan RM1,000 Untuk Mangsa Banjir, RM10,000 Buat Keluarga Mangsa Terkorban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 6:51PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING: Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan peringkat awal bernilai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di sini manakala keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa akan diberi sumbangan bernilai RM10,000.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, berkata setakat ini sumbangan telah disalurkan kepada lebih 100 keluarga yang ditempatkan di beberapa pusat penempatan sementara (PPS) di sini.

"Bagi bantuan keperluan lain untuk baiki rumah akan diuruskan oleh pihak kerajaan kemudian. Mereka yang kehilangan rumah, pihak kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)," katanya kepada wartawan ketika meninjau PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah memaklumkan semua agensi terbabit seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), KPLB dan agensi yang berperanan membantu peniaga kecil untuk turun ke padang bagi tujuan meninjau keadaan.

"Mereka telah dimaklumkan untuk memberi laporan itu kepada Perdana Menteri supaya saluran bantuan dapat disalurkan dengan kadar segera kepada peniaga ini," katanya.

Mohammad Anuar berkata, banjir yang tidak pernah berlaku di kawasan ini sangat menyedihkan kerana ada rumah yang telah dihanyutkan air cuma tinggal tapak dan lebih memilukan apabila ada yang kehilangan nyawa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata daerah itu tidak pernah mengalami banjir seteruk ini sejak 100 tahun yang lepas dan banyak perkara yang harus dirungkaikan tentang punca kejadian itu.

"Kita serahkan perkara ini kepada kerajaan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Pengairan

dan Saliran, NADMA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ICU.

"Sudah tiba masanya untuk meneliti dan menyiasat di mana punca air turun dengan secara mendadak sehingga ada kehilangan nyawa," katanya.

Pada 9.30 pagi tadi, mayat dua daripada tiga sekeluarga, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemukan pasukan penyelamat dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu balak kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.

Mayat terakhir daripada tiga sekeluarga itu, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan pada 11.55 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi dua mayat yang ditemukan sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan