web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri PAS Perlu Berlapang Dada, ‘Tahan Maki’ Jika Dikritik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 6:43PM

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seharusnya tidak melatah dan bersikap matang berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa menteri ‘cap ayam’ dari parti Islam itu sebagai beban kepada Perdana Menteri.

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Senator Aiman Athirah Sabu berkata, ini kerana PAS ketika bersama pembangkang pernah menghentam dan mengkritik beberapa Menteri UMNO ketika Barisan Nasional (BN) menjadi gabungan dominan memerintah kerajaan.

Menurut beliau, pemimpin PAS yang memegang jawatan Menteri seharusnya berlapang dada ketika ini dan tidak bertindak membidas semula apabila dikritik oleh pemimpin mahupun ahli politik pelbagai parti.

“Barangkali Tuan Ibrahim lupa semasa dia dan partinya menjadi pembangkang, bagaimana dia memberi gred dan markah kepada orang lain yang jadi kerajaan, walaupun jelas dia tak berhak berbuat demikian kerana sememangnya dia membenci lawan politiknya?

“Jadi, sesungguhnya Allah bayar tunai (dalam hal nilai menilai pemimpin lain). Allahul musta’an,” katanya hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan bahawa Nur Jazlan mendakwa menteri Kabinet daripada pemimpin PAS gagal memikul tanggungjawab dengan baik, sehingga kelemahan itu menyebabkan Perdana Menteri perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Beliau menyifatkan menteri ‘cap ayam’ dari PAS sebagai beban besar kepada pentadbiran Ismail Sabri. 

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam reaksi balas berkata, prestasi menteri hanya layak dinilai Perdana Menteri dan rakyat, bukan orang luar yang tidak ada kena mengena serta mempunyai kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, Aiman Athirah memberi amaran kepada pimpinan tertinggi PAS agar tidak cuba bermain politik yang sebelum ini bersekongkol dengan UMNO bagi memecah belahkan PAS kepada dua khemah, iaitu pro dan anti Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang juga Ketua Wanita AMANAH menegaskan, PAS ketika ini dilihat sedang ‘menuai badai’ hasil daripada usaha mereka mengkhianati akar umbi PAS serta rakyat jelata.

“Dulu mereka (pemimpin PAS) bersama UMNO pecah belahkan PAS agar senang naik ke atas tanpa pencabar. Sekarang mereka bersama Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) untuk jatuhkan UMNO supaya mereka kekal jadi menteri dan kerajaan, meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta tiada mandat rakyat.

“Rasulullah SAW bersabda, Ulama ialah kepercayaan rasul dalam menjaga hamba Allah selagi mereka tidak bergaul dengan penguasa. Namun sekiranya mereka bergaul dan berbuat demikian, sesungguhnya mereka berlaku khianat kepada rasul serta hamba Allah, maka takut dan hindarilah mereka,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad