Berita Terkini

3 jam yang lalu: Kerajaan Perak tunggu laporan siasatan pesawat terhempas di Ipoh 3 jam yang lalu: 4,053 pegawai kontrak ke jawatan tetap tahun ini - Khairy 3 jam yang lalu: Israel mengaku bunuh 5 kanak-kanak Palestin dalam serangan baru-baru ini - Agensi Anadolu 3 jam yang lalu: MAHB rekod 7.8 juta pergerakan penumpang pada Julai 2022 5 jam yang lalu: Cadangan tubuh suruhanjaya siasatan diraja bagi siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok - Hishammuddin

IKUTI KAMI


Rahmat Perlu Pejuang Isu Kematian Dalam Tahanan Polis

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 6:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha memperjuangkan hak asasi manusia, termasuk beberapa isu kematian dalam tahanan polis, harus menjadi keutamaan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) baharu, Datuk Rahmat Mohamad sebaik beliau menggalas jawatan itu kini.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata, pelantikan Rahmat itu adalah bertepatan dengan usaha merungkai beberapa isu berkaitan hak asasi manusia di negara ini.

“Datuk Rahmat adalah individu yang mempunyai latar belakang, pengetahuan dan pemahaman mengenai masyarakat, budaya serta perundangan di negara ini.

“CENTHRA sekian lama menyokong rangka kerja berkaitan hak asasi manusia tulen, selain berpandukan kepercayaan, tradisi dan sejarah kita yang kurang bergantung kepada konsep barat,” katanya

Menurut Azril, CENTHRA berpuas hati melihat arah tuju SUHAKAM selepas mengambil seorang mantan Timbalan Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Dekan di Fakulti Undang-undang universiti itu.

Beliau berkata, SUHAKAM sedang menghadapi pelbagai isu mendesak, namun seolah-olah diketepikan kerana terlalu memfokuskan kepada kepentingan isu lain yang dianggap penting oleh komuniti hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

“Setakat ini, pihak kami mengutamakan usaha untuk menangani isu kematian dalam tahanan polis yang boleh dianggap sebagai memalukan.

“Tiada negara boleh bertolak ansur dengan situasi tahanan untuk sebarang jenayah, boleh mengakibatkan suspek yang belum dibicarakan itu kehilangan nyawa. SUHAKAM mesti segera mengarahkan perhatian kepada memastikan trend ngeri ini berakhir,” ujarnya.

Terdahulunya, pada 1 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh anggota baharu SUHAKAM bagi sesi 2022-2025, berkuat kuasa 22 Jun lalu.

Pelantikan tersebut menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Getaran, 4 Julai 2022.

Sorotan

1

LCS: Cadangan Tubuh RCI Dibawa Ke Kabinet Esok - Hishammuddin

2

Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Siber Terhadap PU Faiz 

3

Tumbuk, Toreh Muka Rakan Selepas Enggan Bayar Kos Baiki Kereta

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Curi Kenderaan Tumpas, Sasar Kereta Model Lama Di Kawasan Sunyi

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Patuh Peraturan Tempat Kerja Punca Utama Kes Hilang Pendengaran

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kandungan Berunsur Seksual, Pengamal Perubatan Harus Lebih Sensitif

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Najib Kemuka Bukti Baharu Adalah Taktik Untuk Lengahkan Kes - Pendakwaan