web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sabah Terus Beri Tekanan Kepada JDT Di Puncak Liga Super

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:02AM

Tae-su meraikan jaringannya yang membawa kemenangan kepada Sabah. - Gambar dari Twitter Sabah FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sabah FC terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pemburuan mahkota kejuaraan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su muncul wira Skuad Sang Badak apabila memanfaatkan sepakan percuma dari jarak jauh Jackson De Souza untuk menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-62 sekali gus membantu pasukan meraih tiga mata berharga.

Kejayaan itu menyaksikan Sabah bimbingan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan kurang dua aksi berbanding Negeri Sembilan.

Di kedudukan ketiga, Negeri Sembilan mengumpul 20 mata selepas 12 perlawanan sementara JDT yang baru mengharungi sembilan perlawanan selesa di tangga teratas persada liga dengan 23 mata dan berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan kali kesembilan berturut-turut.

Sementara itu, pasukan tuan rumah Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan kedua tercorot Sri Pahang FC 2-1 dalam satu lagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.

Skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit pertama hasil penyudah penyerang import kelahiran Liberia Kpah Sherman, namun skuad Tok Gajah hampir menyamakan kedudukan empat minit berselang tetapi sepakan percuma Kevin Ingreso sedikit tersasar.

TFC semakin selesa di depan menghampiri masa penuh selepas pemain sayap kebangsaan Faisal Abdul Halim menyumbat gol kedua pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun Sri Pahang bangkit merapatkan jurang pada minit ke-86 selepas Abdul Malik Mat Ariff berjaya melepasi perangkap ofsaid tetapi gagal menambah jaringan sekali gus terpaksa akur tewas 1-2 dan ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut skuad kendalian Christophe Gamel.

Sementara itu, dalam aksi Liga Premier menyaksikan PDRM FC bangkit daripada kekalahan minggu lalu selepas mengatasi pasukan tercorot Perak FC 2-0 pada perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, di sini malam tadi.

Dua jaringan PDRM FC masing-masing disumbangkan Mohamad Azmi Muslim pada minit ke-62 dan Milos Lacny pada minit ke-80 untuk membantu pasukan mencatat kemenangan keempat musim ini. PDRM FC di kedudukan keenam dengan mengumpul 14 mata selepas 11 perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan