web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komuniti Berpagar: Tiada Diskriminasi Kepada Penduduk Tak Bayar Yuran Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 2:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa persatuan penduduk di Petaling Jaya tidak boleh ‘mendiskriminasi’ atau menghukum pemilik kediaman yang enggan membayar yuran perkhidmatan bulanan, seperti ditetapkan di bawah peraturan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung penggunaan jalan awam.

Justeru, mahkamah itu dalam keputusannya menetapkan bahawa penduduk komuniti berpagar dan dikawal, Parkville yang memilih untuk tidak membayar yuran berkenaan, tidak boleh dipaksa mengendalikan sendiri pintu berpalang (boom gate) di perumahan mereka.

Ahli Majlis MBPJ, Derek Fernandez berkata, keputusan mahkamah adalah konsisten dengan garis panduan dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit berhubung kebenaran persatuan penduduk untuk mengendalikan skim keselamatan kawalan di jalan awam.

“Dengan keputusan ini, anda (persatuan penduduk) tidak boleh mendiskriminasi antara penduduk yang tidak membayar dan membayar dalam penggunaan jalan awam di bawah apa yang sepatutnya menjadi skim pengawal sukarela, yang dibenarkan beroperasi berdasarkan undang-undang mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya kepada The Vibes.

Fernandez menegaskan, sememangnya jelas bahawa semua skim keselamatan yang dikawal, ditubuhkan secara sukarela dengan sekurang-kurangnya 75 peratus pemilik kediaman bersetuju ia dilaksanakan.

“Dan jika mereka memilih untuk tidak menyokong skim sebegitu, mereka tidak boleh didiskriminasi kerana terpaksa mengangkat pintu berpalang sendiri di jalan awam untuk sampai ke rumah mereka.

“Jika begitu, mereka memerlukan 100 peratus sokongan supaya adil untuk meletakkan syarat seperti itu,” katanya.

Derek Fernandez
Derek Fernandez

Beliau turut mendedahkan, MBPJ menerima beberapa aduan mengenai segelintir penduduk terpaksa mengangkat sendiri pintu berpalang dalam hujan atau menggunakan laluan pelawat untuk pulang ke kediaman yang mereka duduki sejak sekian lama, malah sebelum mana-mana skim kawalan seperti itu diwujudkan.

Bagaimanapun, jika individu tertentu dalam kalangan penduduk itu bukan ahli, beliau berkata, pihak keselamatan tidak perlu menjawab panggilan kecemasan dari rumah mereka kerana ia tidak membabitkan diskriminasi dalam penggunaan jalan awam.

“Sering kali ramai terlupa bahawa jalan awam bukan hak milik persendirian dan PBT boleh mengenakan syarat dalam kelulusan mana-mana skim kawalan.

“Nasib baik, sebahagian besar skim kawalan seumpama itu di Petaling Jaya, mematuhi peraturan ditetapkan PBT,” katanya.

Pada Jumaat, hakim mahkamah tinggi itu, Shahnaz Sulaiman yang membuat keputusan itu berhujah, MBPJ mempunyai hak untuk melarang mana-mana persatuan di bawah kuasanya daripada mengenakan syarat tidak munasabah kepada pemilik rumah.

Menurut petikan Free Malaysia Today, Shahnaz ketika menolak permohonan semakan kehakiman berkata, kelulusan persatuan penduduk untuk beroperasi sebagai komuniti berpagar pada pandangan mahkamah adalah di bawah bidang kuasa MBPJ.

Beliau berhujah, tidak salah, tidak rasional atau tidak munasabah untuk MBPJ menolak membenarkan persatuan menguatkuasakan peraturan sedemikian.

Hujahnya, garis panduan komuniti berpagar mengandungi peruntukan bagi PBT melarang keperluan penduduk yang tidak membayar dan bukan ahli daripada mengendalikan sendiri pintu berpalang ke kawasan perumahan.

Presiden Persatuan Penduduk Parkville, Chow Hau Mun memfailkan saman terhadap MBPJ selepas PBT itu menolak permohonan persatuan terbabit supaya bukan ahli perlu mengendalikan sendiri pintu berpalang.

Peguam Hau Mun, A Surendra Ananth membuat permohonan itu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015.

Bagaimanapun, MBPJ menegaskan, hujah Hau Mun tidak disokong oleh keputusan mahkamah persekutuan.

Selain itu, Shahnaz seterusnya berhujah, keputusan mahkamah tertinggi membabitkan sama ada keadaan terbabit dapat mengakibatkan kesulitan boleh diambil tindakan, malah perkara berkenaan bukanlah isu untuk dibaca ke mahkamah.

“Isu ini berkaitan syarat dikenakan oleh responden (MBPJ) kepada persatuan penduduk,” katanya dalam penghakiman.

MBPJ pada Disember 2020, meluluskan permohonan persatuan itu untuk mengendalikan komuniti berpagar sehingga Disember ini.

Pada awal tahun lalu, persatuan itu menulis surat kepada MBPJ memaklumkan mereka akan mengenakan peraturan kepada penduduk yang tidak membayar gaji, sehingga mengundang aduan daripada beberapa pemilik kediaman.

PBT berkenaan kemudian membalas surat kepada persatuan itu supaya membatalkan syarat dikenakan, tetapi tidak dipatuhi.

Pada 30 Mac tahun lalu, Hau Mun mencabar keputusan MBPJ itu.

Menurut Surendra, notis rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

3

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Isu Tuntutan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad