web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ajal Bersih Teratai, 2 Beranak Lemas Bot Terbalik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 11:00PM

Anggota JBPM dan polis melancarkan operasi mencari serta menyelamat mangsa di Tasik Rekreasi Sungai Chua, Kajang, petang tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua beranak maut selepas lemas di Tasik Rekreasi Sungai Chua, Kajang manakala seorang lagi terselamat ketika melakukan kerja pembersihan di tasik berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, ketiga-tiga beranak terbabit sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pokok teratai di lokasi tersebut, sebelum perahu dinaiki mereka terbalik.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 51 tahun bersama dua anaknya, masing-masing remaja berusia 17 dan 15 tahun.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku apabila sampan dinaiki mereka hilang imbangan akibat muatan teratai yang berlebihan, sebelum ia terbalik.

“Susulan kejadian, remaja berumur 17 tahun itu dapat menyelamatkan diri, tetapi bapa dan adiknya gagal berbuat demikian,” katanya hari ini.

Mohd Zaid berkata, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor ditugaskan ke lokasi untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa pertama ditemui kira-kira 5.10 petang dan dihantar ke Hospital Kajang manakala anaknya ditemui pada jam 6.56 petang.

“Kerja mencari dan menyelamatkan kedua-dua mangsa ditamatkan pada jam 7.30 malam selepas mayat dua beranak tersebut berjaya ditemui,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Getaran, 2 Julai 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan