web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamatkan Segera Larangan Eksport  Ayam Atau Ladang Akan Rugi - FLFAM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 6:11PM

FLFAM meminta kerajaan menamatkan larangan pengeksportan ayam bagi mengelakkan ladang berorientasikan eksport menanggung kerugian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kerajaan diminta menamatkan larangan pengeksportan ayam yang dikuatkuasakan pada Jun lalu bagi mengelakkan ladang berorientasikan eksport menanggung kerugian.

Jurucakap Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, ladang berorientasikan ayam eksport telah melabur kos yang tinggi untuk memenuhi syarat ketat negara pengimport.

Menurut beliau, atas faktor itu, produk ladang eksport hanya dapat dikekalkan dengan harga lebih tinggi, melebihi tahap subsidi yang diberikan kerajaan.

“Ladang tersebut juga menggunakan tenaga buruh terlatih untuk beroperasi di bawah prosedur ketat di premis mereka.

“Jika eksport dihentikan, semua ladang ini tidak akan dapat mengekalkan pengeluaran kos tinggi mereka mengikut harga kawalan semasa,” katanya hari ini.

Pada 1 Jun lalu, Malaysia memutuskan untuk menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam ke luar negara susulan isu bekalan bahan makanan tersebut tidak mencukupi di pasaran. - Gambar fail
Pada 1 Jun lalu, Malaysia memutuskan untuk menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam ke luar negara susulan isu bekalan bahan makanan tersebut tidak mencukupi di pasaran. - Gambar fail

Jurucakap itu berkata, kesan kawalan terhadap ladang eksport akan menyebabkan pengusaha ladang terbabit menanggung kerugian dalam pelaburan, malah mungkin terpaksa memberhentikan tenaga kerja terlatih.

“Industri pengeluaran ayam dan telur komited untuk mengekalkan komitmen dalam industri dan pada masa sama, mengekalkan ekonomi negara dalam tempoh uang sukar.

“Industri juga berbangga kerana dapat mengekalkan harga terendah untuk produk ayam di rantau ASEAN,” katanya.

Tambahnya, pengekalan sekuriti makanan adalah satu sumbangan terpenting kepada negara kerana industri ayam dan telur terus mengusahakan penternakan penghasilan protein termurah dan mencukupi untuk negara.

“Pengeluaran melebihi tahap kemampanan akan menyumbang kepada pertukaran wang asing dengan produk eksport berkualiti,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, Malaysia memutuskan untuk menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam ke luar negara susulan isu bekalan bahan makanan tersebut tidak mencukupi di pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dibuat sehingga harga dan pengeluaran ayam di dalam negara kembali stabil. - Getaran, 2 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad