web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tebing Runtuh, Penduduk Gesa Kerja Baik Pulih Disegerakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 1:37PM

Lebih 250 penduduk Pangsapuri Bukit Piatu dan Taman Setia Jaya di Melaka dalam kebimbangan susulan kejadian tebing runtuh pada 23 Jun lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Penduduk Pangsapuri Bukit Piatu dan Taman Setia Jaya di sini menggesa pihak terbabit agar mempercepat kerja-kerja baik pulih tebing di kawasan itu yang runtuh pada 23 Jun lepas.

Pengerusi Penduduk Pangsapuri Bukit Piatu, Lim Kong Hock berkata ketika ini cerun runtuh itu hanya ditutupi kanvas sekali gus menimbulkan kerisauan pada lebih 250 penduduk di situ, khususnya penghuni Blok G dan H yang tinggal kurang lima meter daripada lokasi.  

Apatah lagi dengan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, katanya penduduk tidak tidur lena kerana bimbang sesuatu tidak diingini berlaku terutama pada waktu malam. 

"Malah sebahagian tembok sebuah rumah teres di bawah pangsapuri ini turut terkena (runtuhan) dan rosak. Penghuni tersebut sudah berpindah sementara atas faktor keselamatan," katanya ketika ditemui pemberita.

 Penduduk berasa tidak selamat memandangkan kawasan runtuhan hanya ditutup dengan kanvas. - Gambar Bernama
Penduduk berasa tidak selamat memandangkan kawasan runtuhan hanya ditutup dengan kanvas. - Gambar Bernama

Menurut Kong Hock, tembok konkrit di cerun setinggi hampir 10 meter itu runtuh bersama bongkahan batu dan tanah merah pada kira-kira pukul 6.30 petang ketika hujan lebat.

Katanya penduduk tidak berasa selamat memandangkan kawasan runtuhan hanya ditutupi kanvas sedangkan tembok konkrit penahan tebing itu sudah senget dan sebahagiannya sudah pecah akibat impak dihempap bongkah batu.

“Malah pada hari kejadian, JKR sendiri sudah memeriksa aspek keselamatan pangsapuri berkenaan dan mendapati ia selamat untuk diduduki serta tiada keperluan untuk berpindah sementara," jelasnya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 18 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar