web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang Nadi Rakyat Tetap Berlangsung Esok, Suara Rakyat Terus Diangkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 3:39PM

Anwar Ibrahim - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Meskipun berdepan pelbagai tekanan, Sidang Nadi Rakyat akan tetap esok, di Hotel Crystal Crown di sini, bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang.

Sekretariat Sidang Nadi Rakyat, Senator Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil ketetapan bahawa suara rakyat akan terus diangkat dalam forum tersebut.

"Walaupun pihak penganjur berhadapan dengan pelbagai tekanan untuk tidak meneruskan acara ini, tetapi kami berpendirian bahawa Sidang Nadi Rakyat mesti terus dilaksanakan.

"Ia adalah forum untuk rakyat menyuarakan rintihan serta kesengsaraan rakyat yang terkesan secara langsung dengan kenaikan kos sara hidup dan barang-barang keperluan bermula hari ini," katanya. 

Fadhlina menambah, Sidang Nadi Rakyat bakal menghimpunkan seluruh segmen rakyat yang terkesan secara langsung.

“Mereka akan diberikan ruang untuk membicarakan isu berkaitan kenaikan kos sara hidup, keciciran peluang pendidikan, keselamatan wanita dan kanak-kanak serta implikasi terhadap anak muda.

“Inilah masanya untuk rakyat yang terhimpit dengan isu-isu membelenggu susulan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Jelas Fadhlina, pelbagai lapisan masyarakat dijemput untuk menghadiri forum berkenaan dan berkongsi pandangan atau pendirian dalam memperjuangkan hak fundamental rakyat.

"Sidang ini juga akan dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan sesi penggulungan sidang akan ditutup oleh (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama PH.

"Sebagai tanda solidariti dan dukungan penuh kepada Sidang Nadi Rakyat ini,semua jemputan serta rakyat dianjurkan memakai baju berwarna putih," katanya. - Getaran, 1 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 2 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar