web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga Sempena Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:36PM

Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia (Jabatan Penjara) membenarkan lawatan perjumpaan sempena Aidiladha kepada keluarga semua penghuni penjara.

Menerusi kenyataan, Jabatan Penjara memaklumkan, kebenaran itu termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Katanya, lawatan itu yang ditetapkan pada hari raya kedua dan ketiga, iaitu 11 serta 12 Julai hanya dibuka untuk banduan beragama Islam.

“Dua kaedah perjumpaan (ditetapkan), iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (online/video call). Kaedah secara dalam talian bermula pada 13 hingga 15 Julai 2022,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat ditetapkan.

“Waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel serta tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

“Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan. Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni dan hanya boleh dibeli di kantin penjara.

“Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas ada disediakan jabatan itu,” katanya.

Menurut kenyataan sama, sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu, seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan.

Jelasnya, memandangkan penghuni adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara, pihak institusi boleh membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.

 Selain itu, kenyataan terbabit memaklumkan, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

“Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja menerusi tiga kaedah tempahan iaitu Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon dan emel atau surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat. Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat institusi boleh didapati di www.prison.gov.my,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan PPA Batu Gajah Berterima Kasih Atas Sumbangan Hidangan Makanan Sultan Nazrin

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad