web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cari Kaedah Jejak Penjenayah Alam Sekitar, Mereka Semakin 'Canggih'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:21PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik dalam menjejak penjenayah alam sekitar, yang kini dilihat semakin canggih menggerakkan aktiviti masing-masing.

Selain mengenakan tindakan undang-undang tegas dan kompaun lebih tinggi, Pensyarah Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azhar Abdul Halim berkata, kajian lanjut bagi mengesan penjenayah alam sekitar tersebut perlu dipertingkatkan susulan mereka dikatakan semakin kreatif dalam mencari kelompongan penguatkuasaan.

"Ini melibatkan kawasan luas, orang buang (bahan tercemar) di rumah pun susah kita hendak kesan. Perlu ada kajian lanjut tentang bagaimana hendak kesan penjenayah alam sekitar yang semakin hari semakin canggih.

"Kalau dahulu dia buang tengah malam boleh lepas namun sekarang ini mungkin disebabkan penguatkuasaan sudah lebih cekap jadi mereka pun takut membuang cara terbuka. Mereka mungkin buang dengan kaedah lain termasuk secara tertutup seperti membuangnya di tangki najis atau di tandas. Dari loji ke sungai, ia akan memberi kesan juga," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bahawa tindakan undang-undang tegas dan kompaun lebih tinggi akan dikenakan kepada pesalah yang menyebabkan pencemaran sungai, selepas pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diluluskan di Parlimen.

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan, kata Tuan Ibrahim, dijangka dilakukan Disember nanti.

Dalam pada itu, Azhar berkata, secara umumnya langkah kerajaan mempertingkatkan tindakan undang-undang dan kompaun tersebut seharusnya sudah lama dilaksanakan.

Beliau berkata, pencemaran seumpama itu melibatkan keselamatan dan keselesaan orang ramai, apatah lagi air merupakan sumber yang sangat kritikal ketika ini.

"Yang mencemarkan kadang-kadang syarikat yang besar-besar. Mereka itu untung banyak.

"Sepatutnya sudah lama telah dibuat untuk mengelakkan pencemaran yang lebih teruk sebab undang-undang itu sudah lama," katanya lagi.

Ditanya sama ada langkah terbaru kerajaan itu akan berkesan dalam menangani jenayah alam sekitar, Azhar memberitahu, elemen penguatkuasaan juga memainkan peranan yang penting.

Menurutnya, bagi memastikan aspek tersebut boleh diperkukuhkan, pihak penguatkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu menimbangkan kemungkinan untuk menambah bilangan petugas dimiliki. 

Beliau menarik perhatian, elemen ketegasan dan penguatkuasaan perlu bergerak serentak dalam usaha menangani pencemaran sumber air di negara ini.

"Undang-undang juga perlu dinilai semula kerana kadang-kadang terdapat konflik berkaitan air di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Sebab ada pertindihan. Jadi saya rasa kerajaan kena kaji," tambahnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS), Datuk Abdul Malek Yusof berpandangan, kesedaran sivik berhubung impak alam sekitar perlu dipupuk terlebih dahulu, sebelum disusuli tindakan undang-undang tegas serta kompaun lebih tinggi. 

Beliau berkata, semua jabatan kerajaan berkaitan perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada setiap industri terlibat seperti pembinaan dan perkilangan berhubung impak tindakan mereka ke atas alam sekitar.

"Saya tidak menafikan bahawa undang-undang berkaitan sudah lapuk, tetapi perlu diwujudkan kesedaran dahulu.

"Mesti ada akta yang kuat, kalau tidak orang akan perkara buat sama berulang kali, jadi perlu denda dan kesedaran. Langkah ini dapat menjurus ke masyarakat harmoni," katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Miliki 16 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Penjenayah Ditembak Mati, Butiran Lanjut Petang Nanti - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad