web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang No 1 Parti Sabah Dalang Sindiket Kad Pengenalan Palsu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 4:25PM

Sindiket penipuan kad pengenalan itu dipercayai sudah beroperasi beberapa bulan lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden sebuah parti di Sabah dan seorang individu ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sindiket penipuan kad pengenalan kepada individu tiada kewarganegaraan.

Dalang utama sindiket terbabit adalah Mohd Arshad Abdul Mualap yang juga Presiden Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan rakan subahatnya dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Mohd Arshad ditahan di kediamannya di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

“Manakala Mohd Amkah kita tak tahu dia jadi ahli parti ke tak. Jika ada pengikut-pengikutnya, itu tak jadi bahan dalam siasatan kita.

“Kedua-duanya dituduh di mahkamah Shah Alam pagi tadi kerana kita ada bukti cukup. Mereka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bukit Aman, hari ini.

Tegasnya, Mohd Arshad yang mendaftarkan PPRS pada 2017 menggunakan parti tersebut untuk kepentingan dirinya dengan melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

Mengulas mengenai aktiviti penipuan dilakukan individu berkenaan, Hamzah berkata, sindiket terbabit dipercayai sudah beroperasi beberapa bulan lalu.

“Daripada maklumat menerusi panggilan saya terima dari luar negara, sudah berbulan dan mungkin setahun, dua tahun (sindiket beroperasi), kita tak tahu.

“Saya juga difahamkan mereka menggunakan bermacam-macam cara dan mengenakan wang bayaran untuk mendapatkan kad tersebut. Siasatan masih lagi dijalankan,” katanya.

Menurut Hamzah, berdasarkan borang permohonan ditemui semasa tangkapan dilakukan, ratusan individu sudah menjadi mangsa sindiket terbabit.

“Mereka yang kena tipu ada sijil kelahiran, namun taraf warganegara belum ditentukan. Mak ayah juga tak ada maklumat. Jadi kita tak tahu dia orang mana,” katanya.

Sementara itu, Hamzah turut menasihati individu yang tiada taraf warganegara supaya jangan tertipu dengan sindiket menawarkan kad istimewa, kononnya boleh digunakan mereka di negara ini.

“Mereka mengakui sesiapa sahaja yang memegang kad ini boleh mendapat segala manfaat seperti hospital, pendidikan dan banyak lagi.

“Paling penting sindiket terbabit mengatakan pemegang kad itu nanti boleh diberikan kad pengenalan warganegara. Saya nasihatkan jangan tertipu,” katanya.

Malah beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk mengeluarkan kad seperti didakwa sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung.

“Tak ada langsung membenarkan sesiapa. Sehinggalah kalau ada satu masa kita akan umumkan. Tapi buat masa ini, tidak ada siapa boleh mengeluarkan mana-mana kad.

“Atas undang-undang yang ada kita tidak akan tukarkan (kad tersebut). Hanya empat kad pengenalan boleh diguna pakai mereka yang berada dalam negara, lain tak boleh dianggap sebagai dokumen sah,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Krisis BERSATU: Hamzah Zainudin Dipecat, Boleh Merayu Dalam Tempoh 14 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad