web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Subsidi Ayam Standard Diteruskan, Penternak Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan subsidi ayam standard menerima reaksi berbeza persatuan penternak, walaupun harga siling dinaikkan pada RM9.40 sekilogram.

Keputusan yang akan mula berkuat kuasa esok turut menyaksikan ketetapan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, harga tersebut tidak memberikan kesan besar terhadap penternak kerana ia adalah harga yang dijual kepada pengguna.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kadar subsidi yang akan dikemukakan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan susulan pengumuman tersebut.

“Setakat ini kita masih tidak mengetahui bentuk subsidi yang akan dikemukakan oleh kerajaan dan bagaimana coraknya, namun FLFAM tidak ada isu mengenai hal (pengumuman) tersebut,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, harga siling runcit dan harga siling ladang adalah dua perkara berbeza dan akan menentukan kos ditanggung penternak, selepas subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

“Oleh demikian, kami akan membuat perbincangan dengan kerajaan iaitu MAFI bagi menentukan harga siling ladang dan subsidi yang sesuai dalam satu atau dua hari lagi,” katanya.

Menyuarakan pendapat berbeza, Pengerusi Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS), Idrus Zainal Abidin berkata, harga siling diberikan oleh kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai penternak ayam gulung tikar.

Menurutnya, keadaan tersebut boleh mengakibatkan kekurangan bekalan ayam di pasaran dalam masa terdekat.

“Saya lebih suka jika harga ayam itu diapungkan kerana ia akan mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran terbuka, sekali gus mampu menurunkan dan menstabilkan harga ayam.

“Jika berlaku kekurangan bekalan ayam kali ini, saya jangka ia akan berterusan untuk jangka panjang,” katanya.

Menurut beliau, setakat hari ini, sebanyak tiga penternak di bawah persatuannya terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu meneruskan perniagaan, disebabkan keuntungan diperoleh susulan penetapan harga siling oleh kerajaan terlalu rendah.

“Jika kerajaan menetapkan harga syiling tersebut pada kadar RM10 untuk setiap kilogram, kami masih boleh mendapat keuntungan walaupun tidak banyak.

“Bagaimanapun, dengan kadar baharu ini margin keuntungan sangat berkurangan dan akan menyebabkan ramai penternak terutamanya yang kecil-kecilan mengalami masalah untuk membuat pusingan modal,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat Jemaah Menteri semalam memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard sebanyak RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji).

Harga siling ayam standard ialah RN8.90 sekilogram sebelum ini. - Getaran, 30 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan