web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekretariat Isytihar Tuntutan 10 Perkara Kepada Kerajaan India

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 8:11AM

Sekumpulan lelaki Islam Kashmir ditahan polis India semasa pertempuran ketika perarakan Muharram di Srinagar pada 17 Ogos 2021. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekretariat Gabungan Rakyat ASEAN untuk Keadilan dan Keamanan Umat Islam di India, yang menghimpunkan sejumlah pertubuhan dan individu, mengisytiharkan tuntutan 10 perkara kepada kerajaan India berhubung isu membabitkan nasib umat Islam dan hak minoriti agama lain di negara tersebut.

Pengerusi Inisiatif Keadilan dan Keamanan Rakyat ASEAN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tuntutan itu termasuk menghentikan keganasan jenayah terhadap orang Islam seperti membunuh, serangan ke atas kediaman, masjid serta serangan terhadap individu Muslim yang mengahwini penganut agama Hindu.

Menurutnya, pesalah mesti dibawa ke muka pengadilan untuk tindakan undang-undang.

Dakwanya, India telah menjadi negara paling berbahaya bagi umat Islam kerana kerajaan Bharatiya Janata Party (BJP) telah menjadikan agama Islam dan masyarakat Muslim sebagai musuh nombor satu mereka.

“Kedua, hentikan dakyah terhadap Islam. Naratif tidak masuk akal dan keji terhadap umat Islam dan Muslim dalam media yang dikawal kerajaan mesti dihentikan.

“Mengikut pengisytiharan dan pengumuman oleh kumpulan sayap kanan nasionalis, India kini mengarah kepada genosid (pembunuhan beramai-ramai), malah identiti umat Islam sendiri diserang,” katanya, semalam.

Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid

Tambah Mohd Azmi, pihaknya menuntut agar semua undang-undang yang menafikan hak orang Islam untuk mengamalkan kewajipan agama dan memelihara identiti mereka seperti hijab, perayaan Hari Raya Aidiladha, azan, menunaikan solat Jumaat dan berpakaian mengikut syarak ditarik semula.

“Tuntutan keempat adalah supaya kerajaan India mengiktiraf semua hak minoriti agama seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. 

“Hak mesti dihormati dan dilindungi sepenuhnya. Umat Islam kini dibiarkan tanpa perlindungan apabila semua institusi iaitu polis, majlis perbandaran, media, undang-undang dan mahkamah memusuhi mereka,” katanya.

Mohd Azmi berkata, kempen kebencian dan dasar Islamofobia BJP perlu dihentikan dan ahli politik serta pegawai kerajaan tidak boleh dibenarkan membuat ucapan berunsur kebencian dan membenarkan sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama.

“Kewujudan serta kewarganegaraan 220 juta penduduk Islam di India perlu dihormati dan akta Pindaan Kerakyatan (CAA) perlu dibatalkan.

“BJP tidak boleh mendiskriminasi orang Islam dan mengabaikan hak mereka,” katanya.

Menurut beliau, penglibatan harmoni bersama pemimpin Islam di India perlu diwujudkan dan kerajaan negara itu tidak boleh sekadar retorik dalam menyatakan keterangkuman serta penghormatan terhadap hak asasi manusia, tetapi pada hakikatnya, menceroboh secara kejam, termasuk melancarkan serangan ganas ke atas umat Islam.

Mohd Azmi menarik perhatian, tindakan tegas perlu diambil terhadap ucapan kebencian oleh pemimpin agama dan politik kerana kenyataan yang memburukkan, menghina dan memperlekehkan umat Islam dan agama itu di khalayak ramai sama sekali tidak boleh diterima.

“Ugutan dan provokasi yang mencetuskan rusuhan kaum mesti disekat,” tegasnya lagi.

Katanya, perubahan demografi dan memasukkan semula Perkara 370 serta 35 A selain menjalankan plebisit (kumpul suara) di Jammu dan Kashmir perlu dihentikan.

Mohd Azmi mendakwa, Kashmir kini terpaksa tunduk kepada kerajaan India yang mahu mengubah wilayah itu menjadi entiti majoriti Hindu.

“Kumpulan nasionalis sayap kanan RSS, yang menyemarakkan kerajaan BJP dan orang ramai Hindu dengan agenda Hindutva dan selepas itu mewujudkan rusuhan komunal, mesti dihentikan serta-merta,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar