web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar Syarat, Aduan Gangguan Punca Kebun-Kebun Bangsar Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:26PM

Perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat antara pengusaha tapak kebun dan DBKL bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan di atas tanah kerajaan menepati objektif yang disasarkan. - Gambar dari Facebook Kebun-Kebun Bangsar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelanggaran syarat dengan memelihara haiwan ternakan dan aduan terhadap gangguan yang dicetuskan aktiviti dijalankan adalah antara punca pengusaha Kebun-Kebun Bangsar dikenakan tindakan.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Yasir Yahya berkata, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) pernah diluluskan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk  tanah kerajaan tersebut bagi tujuan nurseri pada 4 September 2015 sehingga 31 Disember 2019.

Menurut beliau, kebenaran itu diberikan DBKL kepada pihak Kelab Komuniti Bangsar.

“Pihak pengusaha telah mengemukakan permohonan LPS untuk plot tanah kerajaan berkenaan secara terus kepada PPTGWP pada 21 Mei tahun lalu.

“Susulan kepada penerimaan permohonan ini, siasatan telah dijalankan di atas tapak dan didapati berlakunya perlanggaran syarat untuk tujuan nurseri,” katanya hari ini.

Muhammad Yasir berkata, pihak pengusaha kebun telah diminta untuk membuat penambahbaikan dan mengeluarkan ternakan haiwan dari kebun komuniti tersebut, tetapi mereka masih  melanggar syarat asas dengan mengekalkan aktiviti penternakan haiwan dan struktur kekal.

Susulan isu katanya, satu perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat antara pengusaha tapak kebun dan DBKL bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan di atas tanah kerajaan menepati objektif yang disasarkan dan pada masa sama, terus mematuhi segala syarat-syarat ditetapkan.

“Bagi komponen landskap ‘Hardscape’ (Landskap Kejur) dan ‘Softscape’ (Landskap Lembut) yang sedia ada di kebun tersebut, ia tidak akan dimusnahkan, bahkan akan terus dikekalkan dan dipulihara.

“Bagaimanapun tiada pembinaan struktur kekal, tiada aktiviti memelihara haiwan ternakan (unggas) dan tiada penanaman pokok-pokok kekal dibenarkan di tapak tersebut, seperti mana syarat-syarat asas LPS,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad