web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Luar Australia, Penny Wong Kongsi Asal Usul Kelahiran Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 5:48PM

Penny Wong (kanan) berbual dengan Ras Adiba Mohd Radzi pada majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di sini, hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Australia, Penny Wong yang berada dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada Rabu berkongsi serba sedikit mengenai asal-usulnya di Malaysia, ketika menghadiri majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.

Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.

Apabila ibu bapanya berpisah, beliau berpindah ke Australia Selatan bersama ibu dan adik lelakinya ketika berusia lapan tahun.

Neneknya Lai Fung Shim, berketurunan Hakka, telah menjadi sumber inspirasi bagi dirinya, dan digambarkan sebagai orang yang paling cekal pernah Wong kenali.

Nenek dan keluarganya menetap di Sandakan ketika Perang Dunia II tercetus, di mana kebanyakan ahli keluarganya terkorban akibat perang, meninggalkan Poh-Poh (neneknya) sendirian menjaga anak-anaknya dalam keadaan sukar.

“Keazamannya untuk meneruskan hidup, dan menyelamatkan diri dan anak-anaknya, menjadi sumber kekuatan Wong.

“Dia hampir buta huruf. Dia seorang yang penyayang dan rendah hati, dan orang paling cekal pernah saya kenal. Dalam situasi sukar, saya akan sentiasa terkenangkan dirinya, segala kesusahan yang beliau terpaksa tanggung,” kata Wong menggambarkan neneknya dalam ucapan pada majlis itu.

Penny Wong - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Penny Wong - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, ahli politik tempatan dan anggota kor diplomatik.

Sementara itu, mengulas mengenai bapanya Francis Wong, beliau berkata bapanya hidup dalam kemiskinan dalam usia awalnya.

Beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang pelajar cemerlang dan berkat kerajinannya membawa biasiswa Rancangan Colombo bagi menyambung pelajaran dalam jurusan seni bina di Universiti Adelaide, Australia.

“Peluang untuk sambung belajar mengubah hidupnya. Ini bermakna dia boleh keluar daripada kancah kemiskinan sejak kecil,” katanya sambil menambah Francis Wong akhirnya berpindah semula ke Kota Kinabalu bersama keluarganya.

Wong ialah Menteri Luar Australia pertama kelahiran Asia. 

Sebelum tiba di Malaysia, Wong mengadakan kunjungan ke Vietnam.

Selepas pelantikannya sebagai menteri luar pada awal bulan ini, beliau ke Indonesia bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad