web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamatkan Segera Syarikat Kurier Tempatan - AMANAH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 3:41PM

Ammar Atan berpendapat kerajaan perlu mengkaji pengenalan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran barangan supaya pendekatan harga predatori (predatory pricing) dapat dihentikan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberikan perhatian segera terhadap masalah yang dihadapi oleh industri kurier tempatan.

Pengarah Strategi Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan kemerosotan syarikat-syarikat kurier kelahiran tempatan yang ditenggelamkan oleh syarikat asing didanai pelabur besar.

"Jika kerajaan berterusan tidak mengendahkan isu ini, dikhuatiri infrastruktur kurier tempatan yang dibina selama ini akan dimonopoli oleh syarikat asing.

"Akhirnya, akan berlaku situasi yang menyaksikan syarikat baharu sukar bersaing dengan si monopoli, rakyat terpaksa membayar caj lebih tinggi dan pekerja industri kurier tidak lagi mempunyai pilihan," katanya hari ini.

Menurut beliau, kerajaan diminta menimbangkan empat tuntutan berhubung isu berkenaan, termasuk melanjutkan moratorium lesen baharu bagi tempoh dua tahun lagi.

 Katanya, mana-mana syarikat asing yang ingin mengambil alih pemegang lesen kurier sedia ada tidak harus dibenarkan membeli pegangan majoriti dalam syarikat berkenaan.

“Kami juga menuntut agar diperkenalkan dasar yang adil supaya pemain kurier tempatan dan asing dapat bersaing dengan adil.

"Semua platform e-Dagang perlu diwajibkan memberi akses yang sama rata kepada semua syarikat kurier. Mereka tidak harus mengehadkan pilihan syarikat kurier untuk penjual dan pembeli,” katanya.

Jelas Ammar, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) juga harus menyiasat jika terdapat kewujudan elemen antipersaingan dalam industri kurier.

Beliau menarik perhatian, kerajaan perlu mengkaji pengenalan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran barangan supaya pendekatan harga predatori (predatory pricing) dapat dihentikan.

Keputusan mengenai langkah tersebut ujarnya, perlu dibuat sebuah jawatankuasa yang dianggotai pemain industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku agensi kawal selia dan Kementerian Pengangkutan.

"Sistem penalti yang tegas perlu diperkenalkan untuk menghukum syarikat kurier sekiranya didapati memberikan perkhidmatan tidak berkualiti, tanpa mengira syarikat tempatan atau asing," katanya.

Ammar berkata, infrastruktur kurier negara mesti dipertahankan supaya syarikat milik anak Malaysia dapat bersaing dengan sihat.

Di banyak negara termasuk Amerika Syarikat (BH), Jepun dan Korea Selatan, tambahnya, penglibatan syarikat kurier asing telah dihadkan dan hanya beberapa lesen telah diberikan kepada syarikat luar negara.

"Jika semua negara ini boleh menjaga syarikat tempatan mereka, Malaysia juga boleh memperkenalkan dasar yang sesuai tanpa mengganggu perkembangan industri kurier negara.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan," katanya, sinis.  - Getaran, 29 Jun 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi