web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Kerajaan Takut Dengan Video TikTok, Rasa Kedudukan Terancam?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 2:06PM

Siti Aishah Shaik Ismail - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan dijalankan pihak berkuasa ke atas mantan ahli Dewan Negara, Siti Aishah Shaik Ismail berhubung video dimuat naik beliau di TikTok sebagai reaksi terhadap keputusan kerajaan menarik balik subsidi barangan keperluan asas rakyat, dianggap tidak wajar.

Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan berkata, tiada sebab mengapa tindakan seperti itu yang dianggap tidak seimbang diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik keputusan kerajaan.

Katanya, menurut laporan yang memetik kenyataan Siti Aishah, pihak polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyerbu rumahnya serta merampas telefon bimbit dimilikinya.

“Adakah tindakan diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu menjadi begitu tular, sehingga menyebabkan ada pihak tidak senang dengan video tersebut?

“Ia menimbulkan persoalan sama ada kerajaan kini merasakan bahawa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka, sehingga perlu mengambil tindakan sedemikian. Adakah kerajaan kini takut dengan video TikTok?,” soalnya.

Syahredzan Johan - Gambar fail
Syahredzan Johan - Gambar fail

Syahredzan berkata, kerajaan sepatutnya sedar bahawa topik subsidi dan harga barang yang menjadi asas kepada video Siti Aishah itu adalah isu membelenggu rakyat sekian lama.

“Inilah sebab mengapa video tersebut mendapat 2.5 juta tontonan, lebih 142,000 tanda suka (likes) dan lebih 43,000 perkongsian (shares),” katanya.

Menurut Syahredzan, kerajaan digesa memberi ruang kepada mereka yang menentang dan menjunjung hak untuk bersuara serta memberikan pendapat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan bungkam suara yang tidak sehaluan dengan kerajaan!,” katanya.

Sebelum ini, Siti Aishah dilaporkan dibawa ke balai polis Sungai Senam di Ipoh, Perak untuk diambil keterangan berkenaan dengan video TikTok yang dimuat naik sebagai reaksi kepada keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi.

Menurut laporan, siasatan terhadapnya dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan