web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serbuan Pusat Hiburan, 8 Individu Termasuk 3 Pengurus Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 5:26PM

Polis memeriksa sebahagian pengunjung dalam serbuan ke atas beberapa pusat hiburan di sekitar Petaling Jaya malam Sabtu lalu - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lapan individu termasuk tiga pengurus pusat hiburan ditahan selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi lebih masa dalam tiga serbuan di sekitar Petaling Jaya.

Dalam Op Noda Khas yang dijalankan bermula jam 9.45 malam Sabtu lalu, seramai 663 pengunjung di tiga pusat hiburan terbabit turut diperiksa namun tiada penahanan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, serbuan pertama dijalankan Sabtu lalu jam 9.45 malam terhadap sebuah pusat hiburan di Damansara Utama.

Menurut beliau, pengurus pusat hiburan berkenaan ditahan selepas gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras dan polis turut merampas 14 botol minuman keras di premis terbabit.

“Pada serbuan kedua, sebuah pusat hiburan di Bandar Utama pula diserbu kira-kira jam 1.45 pagi semalam, selepas didapati beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

“Dalam serbuan kedua, polis menahan pengurus bersama lima pekerja warga asing yang bekerja tanpa permit sah. Premis terbabit turut didapati tidak memiliki lesen perniagaan minuman keras, justeru sebanyak 24 botol minuman keras dirampas bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, serbuan terakhir dilakukan pada jam 2 pagi semalam di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama selepas didapati beroperasi melebihi tempoh masa ditetapkan.

“Ketika serbuan, terdapat 12 pekerja warga tempatan serta 517 pengunjung di premis terbabit dan kesemua mereka diperiksa sebelum dibebaskan.

“Bagaimanapun, pengurus pusat hiburan terbabit ditahan untuk membantu siasatan selepas premis itu didapati beroperasi lebih masa,” katanya.

Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 76 (1) Akta Eksais 1976; Seksyen 55B Akta Imigresen; Seksyen 39B Akta Imigresen dan Seksyen 11(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995. – Getaran, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad