web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8.6 Juta Penerima BKM Dapat Bayaran Berperingkat Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 3:28PM

Bayaran BKM Fasa 2 akan mula dibayar secara berperingkat mulai hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 mula menerima bayaran secara berperingkat bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan sebanyak RM1.74 bilion itu akan memberi manfaat kepada empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Katanya, semakan status pembayaran boleh dibuat bermula hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

“Setakat ini, 8.6 juta penerima BKM diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun ini,” katanya hari ini.

 Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Menurut beliau, BKM Fasa 2 turut ditambah baik sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.

Katanya, BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480), iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

"Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM,” katanya.

Jelas beliau lagi, jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding BSH hanya 4.5 juta penerima.

“Peningkatan ini kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada pendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

“Ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak untuk menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan akan terus memantau semua faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik, bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

"Kerajaan juga sentiasa memantau situasi semasa dan yakinlah bahawa dasar kerajaan, baik dari segi bantuan langsung mahupun yang tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela," katanya. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad