web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Makanan Rendah Hanya Tolak Petani Ke Tahap Kemiskinan Lebih Dalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 9:00AM

Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dilakukan untuk menghasilkan benih yang berhasil tinggi serta mengeluarkan baja sendiri. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga makanan tinggi adalah peluang terbesar dinanti-nantikan oleh golongan petani dan pesawah selaku pengeluar, setelah sekian lama terperangkap dengan harga yang hanya memberi mereka margin pada skala kecil.

Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata, landasan dasar harga siling bergerak adalah baik demi kestabilan kepada pihak pengeluar dan pengguna dalam jangka waktu krisis, tetapi tidak untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, hakikatnya margin yang diperoleh oleh pengeluar adalah amat kecil.

Dr Fatimah Mohamed Arshad - Gambar dari ideas.org.my
Dr Fatimah Mohamed Arshad - Gambar dari ideas.org.my

Menurut Fatimah, harga yang tinggi adalah peluang keemasan kepada pengeluar untuk menikmati kenaikan harga, sekali gus dapat meningkatkan pelaburan ke dalam sektor tersebut setelah lama terbuku dengan kelembapan. 

"Juga harga makanan yang rendah hanya menolak petani ke tahap kemiskinan yang lebih dalam.

''Apabila harga dikongkong pada harga tertentu, maka tidak cukup insentif untuk petani dan peniaga berinovasi atau kreatif kerana margin yang stabil. 

"Hanya melalui pasaran yang bersaing dan wujud variasi harga mengikut imbangan permintaan dan penawaran, peserta pasaran menjadi lebih dinamik dengan produk dan perkhidmatan baharu," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Gambar fail dari Bernama Radio
Gambar fail dari Bernama Radio

Beliau menambah, pasaran beras negara dengan harga runcit beras dan harga padi di tahap terkawal, melembabkan pertumbuhan industri tersebut kerana bukan setakat margin keuntungan yang malar, ia bahkan kadang kala tidak mencukupi kepada pengilang dan petani. 

"Hampir 90 peratus petani dalam B40 dan amalan pemasaran yang tidak etika adalah meluas di kalangan peniaga, apabila mencampurkan beras ST15 dengan beras berkualiti untuk mendapatkan keuntungan. 

"Perhatikan juga kadar pertumbuhan industri ini yang lembap, tiada industri kecil dan sederhana (IKS) yang bertumbuh dan industri ini hanya mampu mengeluarkan beras, bihun, tepung beras dan bedak sejuk walaupun telah wujud semenjak Perang Dunia Ke-2 lagi,” tegasnya.

Fatimah menarik perhatian, pelbagai produk berlandaskan padi dan beras wujud di negara lain, termasuk makanan bayi, kosmetik, perubatan, pembinaan, baja organik dan lain-lain yang meningkatkan nilai padi kepada petani.

Usaha menjadikan agenda pertanian sebagai agenda negara adalah untuk jangka masa panjang. - Gambar oleh Alif Omar
Usaha menjadikan agenda pertanian sebagai agenda negara adalah untuk jangka masa panjang. - Gambar oleh Alif Omar

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan agar kerajaan memberi sokongan subsidi sementara kepada pengeluar dalam jangka masa pendek sekiranya kos pengeluaran tinggi.

Untuk jangka masa panjang, Fatimah menambah, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dilakukan untuk menghasilkan benih yang berhasil tinggi serta mengeluarkan baja sendiri.

"Selain itu perlu diwujudkan petani yang mahir menggunakan aplikasi digital untuk sawah atau kebun,” katanya.

Dr Baharom Abdul Hamid
Dr Baharom Abdul Hamid

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, landasan dasar harga siling bergerak dilihat wajar untuk jangka masa pendek.

Beliau menambah, namun begitu, usaha menjadikan agenda pertanian sebagai agenda negara adalah untuk jangka masa panjang.

"Ini termasuk melibatkan lebih banyak anak muda untuk menjadi usahawan tani dengan memberi latihan sewajarnya dan bantuan secukupnya," katanya.

Satu kerangka perancangan atau 'blueprint' jangka masa panjang perlu diwujudkan dengan sasaran melahirkan usahawan tani. - Gambar fail
Satu kerangka perancangan atau 'blueprint' jangka masa panjang perlu diwujudkan dengan sasaran melahirkan usahawan tani. - Gambar fail

Selain itu, kata beliau, usaha tersebut perlu melibatkan pelbagai agensi berkaitan seperti Yayasan Waqaf bagi urusan penyediaan tanah.

"Ada anak muda yang mahu menjadi usahawan tani berkata, dia tinggal di rumah pangsa dan tanah tiada jadi bagaimana dia mahu menjadi usahawan tani? Saya hendak ternak ayam, takkanlah hendak ternak di belakang rumah?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, satu kerangka perancangan atau 'blueprint' jangka masa panjang perlu diwujudkan dengan sasaran yang spesifik.

Sasaran itu tambahnya, melibatkan berapa usahawan tani yang bakal dilahirkan serta berapa keluasan tanaman dan ternakan.

"Pastikan juga pemantauan dilakukan, setiap tiga bulan perlu pergi tengok, sudah ada ke belum (perkembangan), kalau ada masalah apa boleh dibantu dan akhirnya ini laporkan kepada rakyat," katanya. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar