web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Subsidi: Adakah Annuar Sengaja Membuat Berita Palsu?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 6:54PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bahawa kerajaan tidak menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat malah meningkatkan lagi pemberiannya dikecam Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, bagaimana Annuar boleh mendakwa kerajaan memutuskan untuk meningkatkan nilai subsidi apabila subsidi minyak masak kecuali paket satu kilogram (kg), telur dan ayam yang berjumlah RM960 juta, digantikan dengan hanya RM630 juta sebagai bantuan tambahan.

Lim Guan Eng - Gambar fail
Lim Guan Eng - Gambar fail

"Dengan penjimatan RM960 juta tetapi hanya memberikan bantuan tambahan RM630 juta, kerajaan berjaya berjimat RM330 juta dengan 'mengorbankan' golongan miskin yang menderita akibat kenaikan harga. 

"Bagaimanakah Annuar boleh mendakwa bahawa kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan nilai subsidi apabila subsidi minyak masak (kecuali paket satu kg), telur dan ayam berjumlah RM960 juta digantikan dengan hanya RM630 juta sebagai bantuan tambahan?" soalnya.

Baru-baru ini, Annuar dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak menarik balik subsidi diberikan kepada rakyat, malah meningkatkan lagi pemberiannya bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga sanggup menampung sejumlah RM43 bilion subsidi dalam pelbagai perkara.

Guan Eng menegaskan, Annuar sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menyebarkan berita palsu berhubung perkara tersebut. 

“Annuar berkata demikian sehari selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bantuan tambahan RM100 dan RM50 kepada isi rumah B40 dan individu yang belum berkahwin berjumlah RM630 juta bagi membantu mereka yang terkesan akibat pemansuhan subsidi ayam, telur dan minyak masak kecuali paket satu kg.

"Sama ada Annuar memang tidak tahu mengira matematik atau adakah sengaja membuat berita palsu?" soalnya lagi.

Ismail Sabri pada Rabu lalu mengumumkan bahawa subsidi minyak masak berpaket dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri berkata, peruntukan subsidi minyak masak tahun ini adalah jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021. - Getaran 26 Jun 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad