web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taklimat Khas Perkhidmatan 5G Kepada Pemuda UMNO, Jumaat Ini - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 2:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah mengambil inisiatif untuk mengatur majlis bagi memberikan taklimat secara terus kepada Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) Jumaat ini.

Annuar berkata beliau telah meminta Kementerian Kewangan (MOF), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan DNB untuk memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan projek itu di Angkasapuri pada pukul 10 pagi.

"Memandangkan majlis dan penjelasan ini amat penting bagi membolehkan golongan muda dan pemimpin parti mendapat penjelasan dan maklumat terkini, saya juga akan memanjangkan jemputan ini kepada beberapa pemimpin sayap Puteri dan Pergerakan Wanita UMNO.

"Semoga melalui majlis ini, semua persoalan yang dibangkitkan dapat dijelaskan secara terperinci oleh agensi yang terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan memorandum yang diserahkan oleh sayap pemuda parti itu pada 21 Jun lepas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung pelaksanaan 5G oleh DNB. 

Exco Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Pemuda UMNO, mewakili sayap itu menyerahkan memorandum yang antaranya mendesak siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap DNB berkaitan pelaksanaan projek 5G.

Annuar berkata beliau telah memanjangkan memorandum itu kepada MoF memandangkan kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum berkenaan berada di bawah bidang kuasa MoF.

Mengulas lanjut Annuar berkata berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu, didapati banyak maklumat yang tidak tepat dan tidak terkini yang sampai kepada pihak Pemuda UMNO.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO kerana menyampaikan pandangan mereka dan saya berpandangan selaku pemimpin muda, mereka berhak untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam, tepat dan terkini mengenai pelaksanaan 5G ini secara terus 'from the horse’s mouth’ atau daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan 5G ini," katanya.

DNB yang dimiliki sepenuhnya oleh MoF (diperbadankan) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi parti neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad