web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes ILI Dalam Negara Terkawal - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 2:01PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa selain pesakit hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri sahaja.

“Kes influenza ini akan bertambah dari semasa ke semasa sebab Perintah Kawalan Pergerakan dah tiada, kita mula kurangkan langkah kesihatan awam seperti penjarakan fizikal dan sebagainya, sudah pasti penyakit berjangkit meningkat.

“Itu mungkin selama dua tahun lepas kes penyakit berkenaan menurun sebab kita dikurung di rumah dan ikuti langkah kesihatan awam tertentu, namun apa-apa pun ia masih lagi terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program saringan kesihatan Peka B40 di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu tiada keperluan menutup sekolah pada masa ini selain Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa membuat penilaian risiko mengenai kes penyakit berjangkit berkenaan.

Khairy turut menjelaskan sekiranya kes penyakit terbabit sudah berada pada tahap membimbangkan setelah penilaian dibuat, maka langkah-langkah tertentu akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Namun, kes seperti influenza ini kes biasa dan bermusim yang akan datang dan pergi, jadi tidak perlu terlalu risau,” katanya.

Jumaat lepas, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesan peningkatan kes jangkitan ILI di institusi pendidikan, khususnya sekolah berasrama sejak dua minggu lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan