web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KUSKOP Lulus Bantuan RM1.54 Juta Kepada Koperasi Di Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 8:26AM

Noh Omar (tengah) bersama penerima-penerima anugerah dan bantuan Tabung Modal Pusingan pada Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Selangor di SACC, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata ia melibatkan sembilan bantuan antaranya Bantuan Pembangunan SKM, Program Pengukuhan Koperasi (PPK), Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE), Program Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) dan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER).

“Pada 2021, sebanyak 40 koperasi telah diluluskan bantuan yang sama dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 juta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Hari Koperasi Malaysia peringkat Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, malam tadi.

Menurut Noh, sehingga 31 Mei, terdapat 90 koperasi baharu didaftarkan di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,868 koperasi di negeri itu dan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Daripada jumlah itu, 11 koperasi tersenarai  dalam profil 100 koperasi terbaik di Malaysia berbanding lapan koperasi pada 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berharap kerajaan negeri Selangor dapat menyediakan sedikit peruntukan untuk koperasi di negeri tersebut memandangkan ia turut menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Beberapa kerajaan negeri memang ada menyediakan peruntukan untuk membantu koperasi, tetapi di Selangor tiada. Saya harap kerajaan negeri lihat koperasi kerana ramai ahlinya di sini (Selangor),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad