web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tangan Ghaib Cuba Kawal Keputusan Pemilihan PKR - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 2:40PM

Fahmi bercakap dengan sukarelawan yang hadir di Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia dengan badan bukan kerajaan (NGO) Rise Against Hunger, di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menolak persepsi bahawa wujud ‘tangan ghaib’ yang cuba mengawal keputusan pemilihan PKR, susulan penangguhan laporan audit forensik.

Menurut beliau, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam taklimat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Isnin lalu dimaklumkan, kerja audit forensik dijalankan melibatkan lebih 4,000 tablet yang digunakan ketika pemilihan berlangsung.

Justeru katanya, JPP terpaksa mengambil masa yang lebih bagi mengumpul semua data dan melakukan analisa terhadap semua data diperoleh.

“Saya yakin ketelusan proses dan integriti yang ada pada sistem (digunakan), di situ tiada masalah, namun mungkin ada beberapa perkara yang JPP perlu uruskan kerana ia melibatkan 1,800 aduan.

“Tahap kebolehpercayaan sangat, sangat tinggi. Boleh saya kata level (tahap) mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia dengan badan bukan kerajaan (NGO) Rise Against Hunger, di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR itu, beliau sangat yakin dengan ketelusan dan integriti dapatan audit forensik, malah arahan JPP untuk melaksanakan semula pemilihan Cabang Ampang adalah hasil daripada dapatan audit berkenaan.

“Dalam taklimat yang diberi oleh JPP, mereka maklumkan keputusan akan diberikan dalam sehari dua namun malam tadi, arahan pemilihan semula cabang Ampang diumumkan.

“Jadi kita lihat apa yang berlaku mungkin JPP akan umumkan keputusan keseluruhan dalam masa terdekat atau sebelum 29 Jun iaitu selepas selesai pemilihan semula cabang Ampang,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada The Vibes, calon Ketua Cabang Ampang, Datuk Hans Isaac berkata, beliau terkejut dengan keputusan JPP untuk melaksanakan semula pemilihan cabang tersebut.

“Saya gembira dengan apa yang berlaku dan saya rasa mempunyai peluang baik untuk menang sejak hari pertama.

“Namun kini kami perlu bekerja semula dalam masa empat ke lima hari untuk menarik pengundi keluar membuat pilihan mereka,” katanya.

Menurut Hans lagi, keputusan JPP tersebut membuktikan PKR sebuah parti yang demokratik kerana membenarkan ahlinya untuk memilih ketua masing-masing.

Selain Hans, penyanyi rap terkenal, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman berkata , beliau tidak menjangkakan akan berlaku pemilihan semula namun mengesahkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

“Berdasarkan pemahaman saya, tiada nama (calon) akan ditambah atau dikeluarkan daripada senarai calon (ketua cabang Ampang),” katanya, ringkas. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad