web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Pegang Parang Halang AADK Tahan 2 Anak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 7:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang ibu sanggup menunggu di depan pintu rumah sambil memegang parang bagi benghalang pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan dua anaknya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah di rumahnya di Batu Kurau, kira-kira 100 kilometer dari sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Negeri Perak A. Reuben berkata kedua-dua anaknya yang berusia 18 dan 20 tahun itu bertindak menyembunyikan diri di dalam rumah selain cuba memanjat bumbung rumah untuk melarikan diri namun kemudiannya berjaya ditahan.

"Kami mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk ibu berusia 60-an untuk memberi kerjasama untuk AADK membuat pemeriksaan dalam rumah.

“Sewaktu kejadian ini, rumah tersebut telah dikepung dan kami terdengar bunyi orang memanjat bumbung yang merupakan dua lelaki tersebut. Mereka akhirnya menyerah diri selepas berjaya dipujuk,“ katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang bekalan dadah namun saringan awal air kencing ke atas dua beradik itu mendapati mereka positif dadah.

Katanya dua beradik itu antara 36 warga tempatan berusia 16 hingga 56 tahun termasuk seorang pengedar dadah yang ditahan dalam Op Perdana bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Larut Matang Dan Selama selama dua hari sehingga hari ini.

Reuben berkata dalam tempoh itu juga, AADK merampas 55.29 gram dadah jenis morfin yang keseluruhannya bernilai antara RM800 hingga RM1,000 mengikut harga pasaran gelap.

“Semua tangkapan yang positif ujian saringan awal air kencing akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998, manakala suspek yang didapati memiliki dadah telah diserahkan pada pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran