web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isham Bakal Dilantik Ahli MKT UMNO?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 3:39PM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dijemput menyertai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin dilantik dalam badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Isham yang juga pegawai khas Datuk Seri Najib Razak ketika pemimpin itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan mengenai jemputan itu oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Saya akan hadir. Sebagai ahli akar umbi UMNO, saya akan membantu parti sebaik mungkin demi rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Isham pula dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor berkuat kuasa 3 Jun lalu.

Beliau memuat naik perkara itu di Facebook pada 8 Jun lalu, mendakwa berdasarkan surat dikeluarkan Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, jawatannya ditamatkan kerana ia tidak pernah termaktub di bawah perlembagaan parti berkenaan.

Pelawaan dimaklumkan Ahmad itu diterima Isham hanya dua hari selepas pemimpin kanan UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disingkirkan sebagai ahli MKT.

Menurut surat bocor berhubung penyingkiran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menamatkan tempoh Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai ahli MKT, tetapi tidak menjelaskan alasannya.

Tajuddin pernah bertanding dan kalah jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan dalaman parti pada 2018, sebelum dilantik seorang daripada 14 ahli badan pembuat keputusan tertinggi.

Penyingkiran Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai ahli MKT dilakukan kurang setahun selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, selepas khabar angin pertelagahannya dengan Ahmad Zahid.

Nasibnya sebagai Ahli Parlimen masih tergantung apabila difahamkan namanya antara beberapa penyandang yang dijangka digugurkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain itu, Tajuddin turut dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) pada Mei tahun lalu, selepas beliau berseloroh mengenai kemalangan transit aliran ringan (LRT) ketika sidang akhbar, sehingga menerima kecaman orang ramai.

Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Puad Zarkashi memberitahu The Vibes bahawa beliau menjangkakan Ahmad Zahid akan memberikan perhatian terhadap isu penyingkiran Tajuddin malam ini.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa pemecatan Tajuddin ada kaitan dengan dirinya yang dilihat lantang bersuara mengkritik Ahmad Zahid.

“Saya sama seperti Tajuddin dan seperti beliau, saya juga sangat lantang menentang Presiden semasa mesyuarat kami, apabila ia melibatkan hal parti. Tidak ada isu.

“Ini bertentangan dengan kenyataan Zahid awal hari ini apabila beliau mengesahkan bahawa Tajuddin digugurkan kerana sikap kritisnya terhadap UMNO, sambil mengingatkan bahawa walaupun berbeza pendapat dibenarkan, keputusan dimuktamadkan kepimpinan parti mesti dipatuhi.

“Anda perlu bertanya kepadanya apakah kenyataan dia buat, sama ada dalam ceramah atau mesyuarat tertutup. Tanya dia sendiri,” Ahmad Zahid dilaporkan berkata kepada media apabila diminta mengulas mengenai keputusan itu. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'Ada Ura-Ura Saya Bakal Dipecat' - Isham

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Bincang Segera, Kerajaan Ada Banyak Cara Boleh Pertahan Ringgit’ - Isham

3

Politik 3 tahun yang lalu

‘Kamu Terdesak Tukar Kerajaan Kerana Mahu Lari Pendakwaan Mahkamah’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Nama Tiada Dalam Cai Tak Mengapa, Mohon Ingat Nombor Calon Saya - Isham

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad