web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen, ADUN Digesa Potong Gaji, Elaun Bantu Rakyat Terbeban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 7:01PM

GERAKAN berpendapat Ahli Parlimen serta ADUN perlu membuat potongan gaji serta elaun sebagai membalas jasa rakyat yang memilih mereka ketika pilihan raya lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digesa membuat potongan gaji serta elaun selepas kerajaan memansuhkan kawalan harga siling ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg). 

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Baljit Singh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan Kabinetnya serta seluruh wakil rakyat, perlu memainkan peranan dalam membalas jasa rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lalu.

Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua hingga 5 kg tidak diteruskan mulai 1 Julai ini. - Gambar fail
Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua hingga 5 kg tidak diteruskan mulai 1 Julai ini. - Gambar fail

Menurut beliau, kini adalah waktu sesuai untuk semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik bersolidariti bersama demi rakyat dan menegaskan, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pemegang jawatan politik lain harus melakukan perkara sama.

“Pemimpin negara yang ada sekarang perlu membantu rakyat sedang dalam kesusahan apabila harga barang terus meningkat. Tidak wajar untuk rakyat menderita sendirian walhal wakil rakyat terus menikmati faedah seperti gaji penuh, elaun tinggi dan bajet perjalanan ke luar negara pada masa ini.

“Semua wang disimpan daripada gaji dan elaun Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ahli Parlimen serta ADUN perlu disalurkan semula kepada rakyat, sebelum negara mengalami masalah sosial dan kesusahan lebih teruk. 

“Nilai dan watak sebenar pemimpin negara ini dapat dilihat oleh rakyat sekiranya mereka menangani krisis dengan baik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, walaupun banyak skim bantuan diberikan kerajaan, Baljit menegaskan, ia bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat.

“Oleh kerana kita semua bersama-sama dalam krisis kenaikan harga ini, mari kita menunjukkan keprihatinan antara satu sama lain dalam masa sukar kini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kawalan harga siling bagi ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Subsidi minyak masak botol dimulakan pada Ogos 2021 adalah sebagai langkah sementara semasa COVID-19 yang dilanjutkan tiga bulan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pemansuhan itu dilaksanakan kerana ia disalahguna dan berlaku penyeludupan oleh pelbagai pihak, termasuk industri. 

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti GERAKAN, Oh Tong Keong berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan subsidi minyak masak tulen, selain harga kawalan siling ayam dan telur ayam mulai bulan depan.

Menurut beliau, pemansuhan itu jika diteruskan akan membebankan rakyat dan memburukkan lagi kesan inflasi.

“Keputusan kerajaan ini memberi impak besar kepada rakyat kerana bahan makanan yang akan dimansuhkan subsidi dan kawalan harga itu adalah makanan asas semua rakyat tanpa mengira kaum.

“Malah, pemansuhan subsidi akan mengakibatkan harga barang meningkat, sekali gus membebankan rakyat,” katanya. 

Lantaran itu, Tong Keong menggesa kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengapa keputusan sedemikian diambil.

“Rakyat tidak faham, mengapa keputusan diambil secara terburu-buru jadi kita minta kerajaan beri penjelasan untuk perkara tersebut,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad