web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Lembaga Pengarah FGV Pentingkan Poket Sendiri, Khianat Peneroka FELDA?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 4:00PM

Hassan Abdul Karim - Gambar dari Facebook Hassan Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) dianggap mengkhianati peneroka FELDA apabila didakwa mementingkan meluluskan usul bayaran elaun dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dalam kenyataannya mendakwa, terdapat sembilan agenda dibincangkan dalam mesyuarat bermula jam 11 pagi ini.

Bagaimanapun, katanya agenda kedua sehingga keenam difokuskan hanya kepada meluluskan usul untuk membayar elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah FGV.

“Elaun dibayar kepada Ahli Lembaga Pengarah FGV amatlah tinggi dan sangat lumayan. Jumlah elaun tahunan dibayar kepada ahli lembaga pengarah itu kelihatan ‘lucah’ jika dibandingkan dengan kehidupan sukar peneroka FELDA,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, agenda ketujuh dan kelapan dalam mesyuarat terbabit juga adalah untuk melantik semula enam ahli lembaga pengarah yang sepatutnya sudah bersara, namun nama mereka diusulkan semula.

“Mereka ini akan terus menikmati elaun lumayan daripada FGV,” katanya.

Hassan berkata, sebahagian besar saham FGV dimiliki FELDA dan berfungsi untuk membantu agensi tersebut serta kerajaan menolong peneroka, generasi kedua dan ketiga dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi mereka.

Katanya, pada tahun 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentangkan kertas putih untuk menyelamatkan peneroka, FELDA dan FGV dari kerugian serta hutang besar dengan menyuntik berbilion ringgit.

“Antara masalah besar mereka (peneroka) ialah hutang, pendapatan tidak terjamin, pembangunan kebun dan tanam semula.

“Jadi amatlah malang dan sungguh tidak bertanggungjawab jika Ahli Lembaga Pengarah FGV pada mesyuarat agung mereka hari ini, hanya membincang, membentang serta meluluskan elaun sendiri,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh perlu campur tangan dalam isu tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FGV ini seharusnya tidak dibenarkan secara tamak dan tidak amanah mengaut faedah serta ganjaran elaun besar untuk diri mereka sendiri.

“Rakyat FELDA dan anak mereka perlukan pembelaan. Penyelewengan Ahli Lembaga Pengarah FGV perlu ditamatkan segera,” tegasnya. – Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 22 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar