Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Lebih 71 Peratus Pengusaha Peroleh Sijil Halal, Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 12:35PM

Rosol Wahid (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus's di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Lebih 71 peratus pengusaha yang memperoleh sijil halal di negara ini adalah golongan bukan Islam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Beliau berkata, data itu adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia menunjukkan bahawa produk halal bukan sahaja digemari umat Islam, tetapi semua peringkat masyarakat. 

“Halal ini bukan dari segi makanan sahaja, namun pakaian atau sumber untuk kita jadikan ia sebagai pendapatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s di sini, hari ini. 

Turut hadir, Presiden LOTUS'S Malaysia, Kenneth Chuah Jin Kiat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Halal Development Corporation (HDC), Hairol Ariffien Sahari.

Rosol Wahid - Gambar oleh Syeda Imran
Rosol Wahid - Gambar oleh Syeda Imran

Rosol berkata, walaupun prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatkan pensijilan halal di Malaysia tidak sukar, ia dilakukan sangat teliti, bagi memastikan produk yang sampai ke tangan pengguna adalah benar-benar ‘halalan toyyiban’ atau paling sempurna.

Katanya, pengguna juga seharusnya meyakini pensijilan halal Malaysia kerana ia terbukti mampu memastikan barangan dan produk di pasaran adalah bersih serta halal. 

“Sijil halal bukan sukar (untuk diperoleh), namun SOP perlu dipatuhi, ia bukan sahaja halal namun harus bersih agar kita dapat ‘memperjuangkan’ perkara (halal) itu. 

“Kalau dilakukan secara longgar mahupun mudah, sekiranya ada isu kebersihan makan perkara tersebut akan mencemarkan imej dan produk halal negara,” katanya. 

Rosol menjelaskan, kekeliruan berhubung pensijilan halal harus diberi penerangan sebaiknya oleh pelbagai pihak kepada rakyat agar mereka memahami ketelitian untuk mendapatkan dokumen itu. 

Dalam pada itu, beliau berkata, usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) harus mengambil peluang menerusi kemudahan fasilitasi ditawarkan HDC untuk menambahbaik kualiti produk, seterusnya dapat bersaing dengan produk halal keluaran syarikat besar tempatan serta antarabangsa di rangkaian pasar raya besar dan terkemuka.

Jelasnya, dalam terus merancakkan pertumbuhan PMKS halal tempatan, usaha itu perlu diperkasakan menerusi aspek pendigitalan melalui strategi pemasaran mereka selaras dengan kemajuan teknologi, selain kecenderungan pengguna mutakhir ini yang semakin beralih kepada transaksi jual beli dalam talian. 

“Dapat dilihat transaksi jual beli dalam talian mencatatkan lonjakan ketara sehingga RM2.5 billion pada 2020, berbanding RM1.7 billion pada 2019.

“Ini membuktikan transformasi pendigitalan penting bagi membantu mempertingkatkan capaian pasaran berbanding kebergantungan kepada strategi pemasaran tradisional secara fizikal di premis,” ujarnya.

Justeru, katanya, peluang sebagaimana ditawarkan LOTUS’S dan HDC menerusi kempen ini wajar dioptimumkan oleh PMKS untuk mencapai lonjakan ekosistem produk halal tempatan. 

“Industri peruncitan, terutama pasar raya besar perlu bersama-sama mempromosikan produk halal tempatan yang mempunyai potensi cukup besar dalam pasaran global pada masa ini,” katanya. 

Rosol Wahid (tengah) melancarkan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran 
Rosol Wahid (tengah) melancarkan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran 

Sementara itu, Rosol menegaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memastikan semua pengusaha pasaran produk halal di dalam negara mematuhi peraturan di bawah peruntukan Akta Perihal Dagangan 2011. 

Beliau berkata, ia dilaksanakan dengan sebaiknya agar produk halal di pasaran adalah tulen, disahkan badan pensijilan Halal Malaysia dan meyakinkan pengguna, terutama umat Islam.

“Di bawah akta ini, sejumlah 320 kes berkait isu halal direkodkan Bahagian Penguat Kuasa sejak 2018 hingga Mei 2022 membabitkan nilai rampasan RM11.8 juta dengan sebahagian besar membabitkan produk makanan. 

“Kementerian ini tidak berkompromi terhadap pihak yang menyalahi akta berkenaan kerana isu halal membabitkan kepentingan umat Islam yang perlu dipelihara dengan sebaiknya - Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Sukan 8 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan