web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh Sebarang Kenaikan Tarif Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 10:56AM

Salahuddin Ayub meminta kerajaan menangguhkan kenaikan tarif elektrik di saat rakyat sedang dihimpit dengan kenaikan harga barang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menangguhkan sebarang bentuk kenaikan tarif elektrik sekurang-kurangnya sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan peningkatan mendadak harga barangan, kembali pulih.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting demi melindungi golongan pengguna.

“Tarif elektrik dijangka naik mulai 1 Julai. Tenaga Nasional Berhad (TNB), sepertimana syarikat tenaga lain di seluruh dunia, sedang dihimpit kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.

“Namun, kenaikan tarif elektrik di saat pengguna sudah teruk diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar. Malah, sebarang peningkatan dalam kos tenaga elektrik pasti akan menyumbang kepada kenaikan kos operasi dan pengeluaran yang akhirnya turut ditanggung pengguna,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

Beliau menambah, TNB sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion, pastinya mampu menyerap impak kenaikan kos bahan api dan kos operasi mereka.

Buktinya, jelas beliau, walaupun kos bahan api meningkat sebanyak 26 peratus sepanjang tahun 2021, keuntungan operasi TNB bertambah sebanyak 10 peratus (RM742 juta) untuk tahun tersebut.

“Pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 (isi keluarga) dan RM50 (individu bujang) juga akan terbukti sia-sia dan gagal membantu rakyat marhaen, sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik sama ada untuk pengguna komersial atau pengguna domestik,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran tambahan BKM sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Jelasnya, pertambahan bantuan itu membabitkan peruntukan RM630 juta. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar