web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Ditahan Disyaki Curi Kenderaan Tersadai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit kes kecurian kenderaan di Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya ditahan polis dalam serbuan berasingan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan pertama dibuat di sekitar Ampang Jaya hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Hasil soal siasat suspek pertama, iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun, polis kemudian menyerbu sebuah premis menjual besi buruk di ibu kota dan merampas dua kereta jenis Mitsubishi Galant dan Mitsubishi Tredia disyaki dicuri, sebuah lori serta beberapa barang berkaitan dipercayai hasil curi.

“Susulan itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju serta Ampang pada hari sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail
Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, modus operandi kumpulan berkenaan adalah mencari kereta lama dipakir dan tersadai di tepi jalan untuk dijual sebagai besi buruk.

Katanya, kemudian suspek akan menunda kenderaan itu dan dibawa ke kedai menjual besi buruk untuk dijual.

“Semakan rekod lampau terhadap kelima-lima suspek terbabit mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua suspek ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya. – Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 34 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad