Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mansuh Subsidi Ayam, Telur, Minyak Masak Wujudkan 'Inflasi Makanan'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 7:05PM

Kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemansuhan kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga serta lima kilogram (kg) oleh kerajaan akan mewujudkan peningkatan inflasi dan harga makanan sebanyak 3.9 peratus sehingga Oktober depan.

Perkara berkenaan diramalkan MIDF Research yang turut menjangkakan tekanan inflasi keseluruhan mungkin melebihi 3.0 peratus tahun demi tahun, jika harga makanan meningkat lebih tinggi dari paras semasa.

Jurucakap firma penyelidik itu menegaskan, inflasi utama mungkin mencecah puncak baharu 5.8 peratus tahun ke tahun, sekiranya inflasi makanan melonjak sebanyak tujuh peratus tahun ini dan 10 peratus pada 2023, malah menegaskan ia boleh berlaku jika isu bekalan makanan domestik negara semakin teruk.

“Sepanjang 2011 hingga 2019, purata inflasi makanan adalah sekitar 2.9 peratus setahun. Senario berkenaan dilaksanakan berdasarkan andaian bahawa harga minyak mentah Brent berada pada paras purata AS$112 (RM493.61) setong tahun ini dan AS$120 (RM528.87) setong pada 2023.

“Paling penting, subsidi bahan api untuk RON95 dan Diesel diandaikan kekal pada paras semasa sehingga akhir 2023,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan, kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga serta lima kg tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, 

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam semalam, Nanta berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan di pasaran lebih stabil dan bagi jangka masa panjang, sekali gus dapat menstabilkan harga.

Nanta memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kg dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan.

Mengenai pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol itu, beliau berkata, ia mencecah RM20 juta sebulan.

Gambar oleh Alif Omar
Gambar oleh Alif Omar

Dalam pada itu, MIDF turut meninjau pelbagai senario permasalahan, khususnya jika subsidi bahan api dimansuhkan secara beransur-ansur dan serta-merta oleh kerajaan.

“Walaupun dengan fasa beransur-ansur, inflasi utama akan meningkat melepasi lima peratus pada 2023 kerana pengguna dan pengeluar perlu menyesuaikan serta menormalkan keadaan daripada RON95 bersubsidi RM2.05 seliter kepada RM4.67 seliter, menjelang akhir tahun depan.

“Pada ketika ini, kebanyakan ekonomi menghadapi trilema dasar, terutama dalam mengimbangi antara pertumbuhan ekonomi, risiko inflasi dan beban fiscal,” katanya.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung untuk ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram serta ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Harga ayam dijangka meningkat selepas ini. - Gambar Bernama
Harga ayam dijangka meningkat selepas ini. - Gambar Bernama

Kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Sebelum ini, dilaporkan penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. - Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang