Berita Terkini

2 jam yang lalu: Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus 2 jam yang lalu: Tempoh tiga tahun untuk PBS tampil presiden baharu - Ongkili 5 jam yang lalu: Rafidah Aziz letak jawatan sebagai pengerusi AirAsia X 7 jam yang lalu: Masa depan Australia saling berhubungkait dengan masa depan Asia Tenggara dan ASEAN - Menteri Luar Australia 7 jam yang lalu: Polis Melaka tahan 20 individu, tumpaskan 5 kumpulan jenayah

IKUTI KAMI


Keadaan Kanak-Kanak Tertelan Dadah Makin Pulih, Bernafas Secara Normal

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 3:36PM

Muhamad Zaki Harun (tengah) keluar dari ICU Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas melawat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kanak-kanak tersebut kini sudah dapat bernafas secara normal dan tidak lagi menggunakan alat bantuan.

Beliau berkata sekiranya keadaan terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan kanak-kanak tersebut akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai tidak lama lagi.

"Alhamdulillah keadaan kanak-kanak ini semakin pulih dan kita semua mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

“Dia mungkin akan dipindahkan ke HSIP bagi memudahkan anggota keluarga melawat dan menjaganya," katanya kepada pemberita selepas hadir bertemu ibu mangsa di HRPZ II di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhamad Zaki bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Suzana Yashin menyampaikan kurniaan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis kepada ibu mangsa.

Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun ketika ditemui berkata dia bersyukur keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin pulih.

Dia berkata semua sumbangan daripada orang ramai yang prihatin termasuk sumbangan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anaknya itu.

"Anak saya kini sudah boleh makan melalui saluran tiub dan berharap dia terus menunjukkan perkembangan yang lebih baik selepas ini," katanya yang turut mengagahkan diri menjaga anaknya walaupun menahan keperitan kerana turut menghidap kanser tahap empat.

Dalam kejadian Ahad lepas, kanak-kanak terbabit kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas dipercayai ‘terambil’ lebihan dadah jenis Methamphetamine selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh suspek (bapa sepupunya) ketika dibawa keluar di kawasan Kampung Sri Bintang, Kuala Krai.

Suspek berumur 30 tahun itu yang juga penagih tegar kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut oleh polis. - Bernama

Sorotan

1

Polis Yakin Tumpas Kumpulan ‘Tiger’ Susulan Rampasan Koleksi Senapang Dalam Reban

2

Adakah Kerajaan Takut Dengan Video TikTok, Rasa Kedudukan Terancam?

3

Digelar ‘Hawkeye Malaysia’, Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang Dipuji Netizen

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Harian COVID-19 Menurun Sedikit, 1 Kematian

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan, 8 Individu Termasuk 3 Pengurus Ditahan

oleh Fitri Nizam

Semasa 7 jam yang lalu

3 Ahli Parlimen UMNO Keluar Parti, Mahu Selamatkan Diri Disiasat SPRM - Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Tingkatan 4 Disyaki Ditekup Bantal Hingga Mati Oleh Kekasih