web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


K-KOMM Akan Adakan Penerangan, Bantu Pihak Tidak Jelas Mengenai 5G - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 2:51PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sudah meneliti kandungan memorandum yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Menterinya (MenKomm), Tan Sri Annuar Musa berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam memorandum tersebut termasuklah kos sebenar mengikut pecahan tahunan, peralatan dan kos operasi rangkaian 5G negara serta penjelasan terperinci harga jualan secara pukal kepada syarikat telekomunikasi.

"Sehubungan itu, K-KOMM akan membantu memanjangkan salinan memorandum ini kepada Kementerian Kewangan memandangkan kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut bukan di bawah bidang kuasa K-KOMM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Annuar berkata K-KOMM juga mengatur majlis bagi memberikan penjelasan lanjut untuk membantu pihak yang masih tidak jelas berhubung perkara berkaitan terutama yang berada di bawah bidang kuasa kementerian itu.

Katanya, pada masa ini DNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Kewangan.

"Langkah sedang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk menyusun semula struktur pemilikan ekuiti syarikat dan kaedah kawal selia syarikat selaras dengan keputusan terbaharu Jemaah Menteri mengenai perkara berkenaan,”katanya.

Semalam, dilaporkan Exco Pemuda UMNO Fairuz Jamaludin yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Pemuda UMNO, mewakili sayap itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam