Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mansuh Subsidi: Saya Dah Beri Kerajaan Amaran Tapi Tak Peduli - Najib

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 2:28PM

Penternak sebelum ini mengeluh kerana harga dedak menunjukkan trend peningkatan sejak tahun lalu, hingga menyebabkan kos operasi penternakan turut meningkat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah memberi amaran kepada kerajaan untuk mengutamakan permasalahan kos dedak dan operasi bagi mengawal harga ayam serta telur, namun cadangan itu tidak dihiraukan.

Akibatnya, beliau menegaskan, ramai penternak dan pengeluar ayam ‘gulung tikar’ ekoran ditindas, mahupun dipaksa kerajaan bagi menjual pengeluaran mereka di bawah harga kos secara berpanjangan, sehingga menyebabkan bekalan haiwan itu semakin turun serta harganya naik mendadak.

Najib Razak - Gambar fail
Najib Razak - Gambar fail

“Dari April 2021 lagi saya dah beri amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) masa itu, bahawa kawalan harga ke atas harga ayam dan telur tanpa menyelesaikan masalah pokok (utama), iaitu kos dedak serta kos operasi disebabkan kekurangan tenaga kerja dan kenaikan harga elektrik, hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan serta harga lebih tinggi.

“Kerajaan hari ini juga mansuhkan subsidi ayam dan telur sejak Februari 2022 lalu. Pengeluar masih beroperasi pula sudah tentu akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan lebih tinggi, setelah harga siling dimansuhkan untuk tebuskan kerugian dialami sejak April tahun lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak sawit tulen bagi pek kemasan botol tiga kilogram dan lima kilogram (kg) tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan pasaran.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran lebih stabil untuk tempoh jangka panjang.

Katanya, sebelum ini, kerajaan mengawal harga siling ayam dan telur ayam bagi membantu meringankan kenaikan harga barangan, namun tindakan itu menyebabkan herotan pasaran serta harga.

Mengulas perkara berbeza, Najib menyarankan kerajaan supaya memberi bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan M40 setiap tiga bulan, selagi kadar inflasi masih tinggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, ketika ini, kerajaan sudah membuat penjimatan perbelanjaan selepas memansuhkan subsidi ayam dan telur.

“Bagi meningkatkan pendapatan untuk menyalurkan bantuan tunai tersebut, kerajaan disaran menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan.

“Selain itu, kerajaan boleh menaikkan harga RON 95 sebanyak 10 sen atau 20 sen bagi mengurangkan subsidi petrol, sekali gus menyalurkan lebihan kewangan itu sebagai bantuan tunai kepada B40 dan M40.

“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur, boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 serta T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi,” katanya.

Jelasnya, cadangan menaikkan harga RON 95 sebanyak 10 sen atau 20 sen juga dibuat kerana kumpulan T20 yang sebelum ini menggunakan RON 97, beralih kepada minyak lebih murah.

“Orang T20 tidak kisah dan tak terkesan jika harga makanan tinggi, tapi ianya adalah tekanan besar bagi golongan B40 serta sebahagian besar golongan M40.

“Sudah tentu pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40,” katanya.

Tambah mantan Presiden UMNO itu, penurunan 65 peratus jualan RON 97 adalah bukti bahawa sebahagian besar orang berada dan orang berkemampuan sudah bertukar ke petrol RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan. - Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas