web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyatuan Ummah Bukan Hanya Survival Politik PAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 2:11PM

Khairil Nizam Khirudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep penyatuan ummah bukan hanya mengenai survival politik PAS, tetapi perkara itu merangkumi umat Islam yang menjadi keutamaan.

Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, seruan penyatuan ummah tersebut juga bukan dilaungkan kali pertama oleh parti tersebut.

“Apabila kita mengajak kepada perpaduan umat Islam, bukan bererti kita mengajak kepada permusuhan terhadap orang bukan Islam.

“Bahkan kita amat mengalu-alukan parti politik bukan Islam dan juga kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem untuk bersama menjayakan usaha penyatuan ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Khairil Nizam berkata, perpecahan sesama parti politik hanya akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH) yang terbukti gagal dalam 22 bulan pemerintahan mereka.

Tambahnya, kegagalan tersebut sudah cukup untuk menjadi bukti kenapa kesilapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak boleh diulangi.

Khairil Nizam berkata, prinsip PAS dalam seruan penyatuan ummah itu adalah jelas dan parti berkenaan tidak akan berhenti dalam usaha murni menjayakan agenda besar tersebut.

Kelmarin, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata, parti itu menolak idea ‘khemah besar’ dengan memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau menambah, prinsip parti itu dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas.

Mohd Amar menegaskan, PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dahulu umat Islam dan pada masa sama, berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem serta menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, PAS tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bersama dalam membina semula negara serta memperkukuhkan umat Islam. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar