web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PICKids Dibuka 5 Hari, Dapatkan Vaksin COVID-19 Tanpa Temu Janji 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 6:14PM

Kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh berbuat demikian di klinik-klinik kesihatan mulai esok hingga 24 Jun ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh mendapatkan pelalian itu bermula esok hingga 24 Jun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pembukaan program vaksinasi selama lima itu adalah bersempena sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lalu, bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”.

“Pembukaan vaskinasi ini juga adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini.

“Ini juga seiring dengan keprihatinan Kementerian Kesihatan (KKM) atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi tersebut bolehlah mendapatkan vaksinasi tanpa temu janji di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM sepanjang tempoh tersebut.

“Ibu bapa boleh membawa anak mereka ke klinik kesihatan KKM bermula esok hingga 24 Jun 2022 ini.

“Ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi COVID-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak di vaksinasi digalakkan mengambil peluang ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pemberian pelalian itu adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut.

Katanya, sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak mereka keesokan harinya.

“Bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan temu janji vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang memberikan vaksinasi secara percuma kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun berakhir hujung bulan lalu.

Selepas tarikh 31 Mei, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan temu janji sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19. - Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad