web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Ubat Percuma? Elak Pembaziran, 'Bila Dapat Free…'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 3:02PM

MPS mengesyorkan KKM mengenakan caj minimum kepada orang ramai yang mendapat bekalan ubat di fasiliti kesihatan awam dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan ubat ketika ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mengenakan caj minimum kepada orang ramai yang mendapat bekalan ubat-ubatan di fasiliti kesihatan awam.

Presidennya, Amrahi Buang berkata, langkah itu cara terbaik dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di negara ketika ini.

Menyifatkan isu tersebut sebagai serius, beliau berkata, terdapat kecenderungan pesakit yang mendapat bekalan ubat secara percuma tetapi tidak menggunakannya sekaligus mengakibatkan pembaziran peruntukan kerajaan.

“Bila bagi free, jadi faham-fahamlah apa jadi. Ada yang tidak menghargainya. Mereka datang ambil (ubat) tapi tak makan. Dan kalau ubat diambil itu mahal memang satu pembaziran. Maknanya ada benda tak kena.

“Tak ada benda yang percuma. Dalam sektor awam, ia menggunakan dana awam, daripada duit pembayar cukai, jadi mana yang percumanya?” soalnya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Amrahi Buang
Amrahi Buang

Menurut beliau, langkah tersebut sudah pun dilaksanakan hospital separa kerajaan di negara ini.

“Saya dulu bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mereka sudah pun melaksanakan langkah itu. Kakitangan awam tiada bayaran tapi untuk orang awam dikenakan caj perkhidmatan dan ubat-ubatan.

“Bagi ubat mahal misalnya, caj yang dikenakan tidaklah semahal hospital atau klinik swasta. Jadi langkah itu boleh dilakukan, cuma terpulang kepada kerajaan sama ada mahu melaksanakannya,” katanya.

Amrahi turut menyambut baik keputusan KKM yang bersetuju membenarkan fasiliti kesihatan swasta meminjam bekalan ubat daripada kemudahan kesihatan swasta lain atau fasiliti kesihatan kerajaan terdekat bagi kegunaan kecemasan.

Bagaimanapun beliau berkata, respons terbaharu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai langkah itu membuktikan isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti di negara ini di tahap serius.

“Sebenarnya MPS sudah jangkakan isu ini akan berlaku dan saya sendiri sudah keluar kenyataan Oktober tahun lalu, minta kerajaan melakukan persediaan sewajarnya.

“Jadi apabila kerajaan sampai respons di peringkat ini, maknanya isu itu dianggap serius. Maksudnya negara kita tidak bersedia dari awal mengenai isu ini,” katanya.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Amrahi berkata, kerajaan perlu lebih aktif mengawal bekalan ubat-ubatan sepertimana dilakukan di negara-negara lain.

“Kalau kita tengok di negara lain, isu sebegini tak berlaku kerana kerajaan mengawal segalanya. Kerajaan memainkan peranan aktif untuk memastikan bekalan ubat di negara mereka sentiasa ada.

“Namun berbeza di negara kita yang memiliki sistem ‘two tier’ iaitu wujudnya fasiliti kesihatan awam dan swasta. Kadang-kadang harga ubat di fasiliti swasta pun berbeza-beza. Memang peliklah.

“Jadi tak mengapalah, dah sistem kita memang macam tu. Diharap isu tersebut dapat membuka mata kerajaan untuk mencari solusi terbaik bagi menanganinya,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, fasiliti kesihatan swasta boleh meminjam bekalan ubat daripada kemudahan kesihatan swasta lain atau fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat bagi kegunaan kecemasan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi menangani isu kekurangan bekalan ubat, sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta.

Katanya, pada masa sama fasiliti kerajaan yang memberi bekalan kepada fasiliti swasta itu, perlu memastikan terlebih dahulu ketersediaan dan baki stok ubatnya mencukupi untuk kegunaan harian. -  Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad