web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Gesa SPRM Siasat 2 Syarikat Terkait Urusan Mencurigakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 10:24PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dua syarikat, Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) yang terkait urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu membabitkan dua syarikat itu menggugat kepercayaan dan menanam curiga dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan, berkaitan pengurusan penyelewengan serta kepincangan.

“Saya mengikuti perkembangan melibatkan isu dua syarikat, iaitu UKSB dan Bestinet mutakhir ini. Ini setelah sebuah agensi buruh di Dhaka menuduh pengasas Bestinet, Mohd Amin Abdul Nor mempengaruhi kerajaan untuk hanya menghadkan bilangan agensi yang membekalkan buruh kepada 25 syarikat.

“Isu sebesar ini semestinya menuntut tindakan tuntas dan pantas, terutamanya dari Perdana Menteri kerana ia melibatkan nama menteri dan mantan menteri yang berkaitan, dari PM dan juga Menteri Sumber Manusia,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Anwar berkata, ia juga mustahak kerana turut membabitkan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, selain tekad serta iltizam dalam menghentikan kebobrokan.

“Pernah saya suarakan di Parlimen sebagai perhambaan moden di mana pekerja diperas sementara pedagang dan agen bertindak sebagai penindas yang mengaut keuntungan besar,” katanya. – Getaran, 18 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad